Tuesday, June 29, 2010

17 weeks encounting

mak aih aku da lme tak hapdet ptutla cik writer bising -.- .... pejam pelik pejam pelik da tinggl 17 minggu.so aku xmo mrepek pjg2..just nk share dgn korg a few useful sites that i've stumbled upon,ni semua berkenaan SPM:

utk set soalan percubaan etc:

any enquiries:

gudluck smua!

"ini belog saya", bukan blog bayo.

Sedang cikgu SS sebok mencanang karangan contoh "Pada zaman globalisasi" kat depan ..

aku & Orang Depan♥ sebok menggelaktawakan perihal ... NAMA ANAK HAHAHAHA

Berdasarkan kejadah yang cikgu SS tulis kat atas papan putih

sedap gak kalau letak nama anak ---->

  • Abdul Dasawarsa/Darsawarsa/Dasarwarsa???
  • Muhammad Marcapada
  • Siti Sarwajagat
  • Ahmad Arakian
  • Tengku Klise
  • Nurul Milenium
  • Nur Intiha binti
  • Mohd Deduktif
  • DAN SEBAGAINYA


Dah dah, bangun dari tidur, lap salivary amylase kat besi gigi tu. Esok invention day! WOOHOO! Bodek Mr G dengan nuget adeila, gula-gula Hacks & alas meja kain pelikat ! Woohoo!



HAHAHA TAK SABAR MALAM NI. JERSI ESPANA DAH SIAP BAU BREEZE & DAH DIGOSOK, TAK KIRA MENANG ATAU KALAH, KITA SEMUA PEMENANG TIADA PENGALAH, ESOK TETAP NAK MAIN VOLIBOL DENGAN NAMA RAUL KAT BELAKANG.

Monday, June 28, 2010

"we are scientists"

We are Biol-ogists -.-



watdeneraka baik tukar je terus blog ni jadi Esah's blog pfft kenapa aku sorang je yang asyik update? Ini tidak adil, takde semangat kerjasama!

"We are scientists, we do not need to answer the questions with complicated sentences, just write directly straight to the point!"
- Felicia tutorial Bayo yang automatik semua jadi Watson Nyambek nak lari daripada makmal fizik haha wtdneraka?

Satu lagi daripada seribu bukti kenapa Esah tak mungkin boleh jadi otak sains, biar fizik kimia atau bayo sekalipun. HUH! Tak complicated? sorry, not for me.

SKRIP THE PEARL DAH SIAP !! TAPI CHAPTER 4 JE !! KITA SHOOT CHAPTER 4 JE LA KAY KENGKAWAN?! BOLEH GUNAKAN GUARDHOUSE UNTUK JADI BRUSH HUT KINO & JUANA !!

INVENTION!?!!!!!?!!!!?!!!!

Wednesday, June 23, 2010

word of the week

Ek eh, bukan dah habis cuti / masuk sekolah ke? Apesal makin rancak online post blog dajal ni? Ngeh.

Dah tiga hari berjaya menjejakkan kaki ke sekolah, survive 6 jam kat kelas, pulang ke rumah dengan selamat, apa yang aku dapat?
(Malang sekali janji untuk hapuskan perangai keji buat salivary amylase dalam kelas hanya tinggal janji)

............................

Beg ringan woooooohoooooooo, tapi diberatkan dengan kertas peksa yang tebal gila tapi intipati mendukacitakan.

Undang-undang baru, dan seperti biasa, yang baru pasti b*d*h. Perubahan sux. Selamat tinggal tapak perhimpunan, atau kalau pada hari Selasa disebut sebagai quaudraraijdf amenda merepek tah tak geti sebut atau eja yang aku tahu start dengan huruf Q. Selamat kembali budaya budak sekolah rendah zaman jahiliah. Kita tengok berapa lama undang-undang baru "Tak payah beratur kat tapak perhimpunan sebab lembab nak tunggu korang masuk kelas, beratur je terus kat depan kelas, selagi guru belum masuk kelas selagi tu la kelas menjadi kawasan larangan blalaballa" ni boleh bertahan ye kawan2? Entah2 minggu depan diorang suruh kita beratur gaya 'keretapi' naik turun tangan pulak kot? ANGKAT JATUH ANGKAT JATUH ANGKAT JATUH! AI LAAIK!

Sedih la. Aku suka tau perhimpunan sebenarnya. Bila lagi nak kumpul ramai2 Budak Bayo + Akaun muafakat membawa berkat? Bila lagi nak mencapap duduk depan sekali padahal tak sedar diri bukan ketua tingkatan? Bila lagi nak kutuk pengawas & cikgu speaking BI masa English Day? Oh speaking of, selamat tinggal persembahan English Day :'( Bila lagi nak ushar budak kelas lain yang diminati? Bila lagi bila lagi bila lagi? Jom buat Gerakan Kembalikan Perhimpunan la!?

Ok watdehelling shadap Esah, kita kembali ke topik asal.

Hari ni best gila lepas rehat cikgu semua tak berwibawa tak masuk kelas langsung maka kita pun beraksi seperti bebudak dah habis SPM, sambil mencarut dalam Buku Biodata Esah weeeeeeeee.

BACK TO THE TOPIK ASAL.

Semenjak dua menjak tiga menjak tiga hari masuk sekolah ni, aku rasa dah 378 kali kalimah ni dimuntahkan oleh lidah mulut gigi besi aku jeng jeng jeng kalimah apakah itu?
Sori la, bukan kalimah suci, malahan mungkin boleh menjadi caci maki.

Pada mulanya memang fikir macam tu. Perkataan ni hanya layak digunakan dalam cerita Bohsia V3 dan sewaktu dengannya je. Tapi belum sampai tahap perkataan carut marut yang kalau sesetengah mak bapak datuk nenek dengar, ada risiko boleh kena halau daripada rumah ah. Tapi probability Malaikat Atid catat dosa bila kita sebut perkataan ni, ada ah jugak.

Terima kasih ah sekalian keputusan peperiksaan yang mendorong kepada perluasan penggunaan perkataan ni .... BARAI. BARAI SEBARAI-BARAINYA!

BARAI! BARAI! BARAI! BARAI! BARAI! BARAI! BARAI!

lincah bin aktif betul perkataan tu BARAI BARAI BARAI annoying sial, aku pun dah annoyed dengan lidah & suara aku yang dok sebut Ba Alif Ro Alif Ya tu ngeh. BARAI!

Obses bertukar taksub tahap dewa, sampai sanggup mendaki tingkat dua like omg penat gila untuk ke Pusat Sumber Hamka untuk menelaah Kamus Dewan untuk mencarik erti sebenar perkataan BARAI ni. Adakah benar tanggapan kita bahawa sesungguhnya perkataan Barai tu membawa maksud 'barang rosak' / 'akhlak rosak' / 'perangai sakai' DAN SEWAKTU DENGANNYA, pendek kata, barai tu membawa maksud rosak la. BARAI = ROSAK.

Kamus Dewan searching .........................

barai 1 : sejenis siput air

WTF?!??!?W!!@Q?@!?@?>!?<@:!?#!!!?!!?!?!? ok takpe, ada lagi ...
barai 2 : jatuh bertebaran


.............................................

K cool lepas ni boleh ah berlagak dengan kosa kata bervariasi. "Siput air tul ah dia tu!" = "barai tul ah dia tu!" ATAU "Jatuh bertebaran ah kau!" = "Barai ah kau!" ngehehe

barai tul barai ni bai. gudbai. konklusinya, karangan contoh buat aku rasa sangat telanjang macam cuba kau bayangkan orang baca diari kau di khalayak ramai, siap buat sesi kritikan lagi tu? omg usher.

barai. konklusinya, jangan bersedih, because Swiss Roll Koperasi & Volibol can make you happy. BARAI SIPUT AIR JATUH BERTEBARAN !


Tuesday, June 22, 2010

malas musuh no -1 -.-'

Malas… bagaimana hendak membenterasnya? Untuk mengetahui cara membenteras penyakit malas, kita perlu faham, mana datangnya sifat “malas” ini.

Malas berpunca dari kita terlalu selesa dengan keadaan semasa kita (zon selesa/comfort zone). Untuk keluar dari zon selesa kita, kita akan rasa berat dan susah. Ini adalah normal bagi semua orang- setiap kali kita nak keluar dari zon selesa kita, secara psychology akan menarikkan kita kembali ke zon selesa.

Berita baiknya adalah, zon selesa manusia berubah-ubah. Apa yang anda perlu lakukan adalah keluar dari zon selesa tersebut secara sedikit-demi sedikit dan pegang pada keadaan semasa yang baru. Lama kelamaan, zon selesa anda akan mengubah mengikut keadaan semasa anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda rajin membaca buku 30 minit sehari sahaja. Lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa anda). Anda perlu paksa diri anda keluar dari zon selesa itu secara perlahan… mungkin baca selama 45 minit. Sehingga suatu masa nanti, zon selesa anda akan berada pada tahap 45 minit. Apabila ingin membaca lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa baru). Apa yang anda perlu lakukan adalah ulangi langkah sehingga anda mencipta zon selesa baru.

Untuk membenteras sikap malas, anda perlu fahami “zon selesa” anda. Semua orang mempunyai zon selesa tersendiri dan ianya boleh diperbaiki. Bagi diri saya, membaca buku sehingga 4 jam adalah zon selesa saya. Membaca lebih dari 4 jam… terasa malas…

Monday, June 21, 2010

hari pertama?



06:55 am tengah fikir nak beli karipap ke roti sardin beza 10 sen - "Kalau tak, patutnya sekarang ni aku tengah tido lagi"

07:25 am hujan so takde perhimpunan tapi Cikghumiat tetap nak membebel tapi nasib baik takde ikrar hipokrit & hidup beradab - "Kalau tak, patutnya sekarang ni aku tengah tido lagi"

08:40 am kecewa dengan markah admet berdakwat merah & sebab hari ni takde PJ - "Kalau tak, patutnya sekarang ni aku tengah tido lagi"

09:30 am tahan mengantuk sebab dah berazam lepas cuti insaf taknak tido dalam kelas - "Kalau tak, patutnya sekarang ni aku tengah tido lagi"

09:45 am masih menahan mengantuk dengan cubaan menjadi annoying - "Kalau tak, patutnya sekarang ni aku tengah tido ....." zzzzz *dah tido mungkir janji*

10:15 am beratur kat koperasi nak beli keropok ikan & 100 plus - "Kalau tak, patutnya sekarang ni aku tengah tido lagi"

10:35 am tengah dihalau naik tangga masuk kelas macam lembu masuk kandang - "Kalau tak, patutnya sekarang ni aku tengah tido lagi"

11.36 am tengah tido dalam kelas sejarah sambil mimpi sejarah dapat A+ sambil background music cikgu membebel pasal ibrahim yaacob - "Kalau tak, patutnya sekarang ni aku tengah tido lagi"

12.55 pm tengah mengaminkan doa budak form one hingusan - "Kalau tak, patutnya sekarang ni aku tengah tido lagi"

1.29 pm tengah tunggu loceng BALIK bunyi - "Oh ok sekarang aku baru bangun tapi malas nak mandi sampai magrib weeeeeeeeeee"

2.05 pm lapar gila masih tersangkut kat sekolah sebab hujan rintik2 tak boleh jalan kaki / naik moto balik rumah - "OMG RIBUT LAGI RIBUT LAGI RIBUT LAGI!"


SKULSUX. Benci tapi rindu ♥

Haah memang pun aku bela saka & isap dadah. & haah kita patut mulakan konspirasi untuk bunuh Convent secepat mungkin. & haah skrip The Pearl baru tulis tajuk. & haah Hazem Pilot Wannabe Tapi Salah Soalan Fizik Yang Ada Gambar Kapal Terbang baru balik daripada umrah di Hong Kong.

Thursday, June 10, 2010

Anti Keganasan



jom kita doakan saudara2 kita kt gaza selamat dripada kekejaman Israel.aminnn...

Monday, June 7, 2010

The Pearl Necklace?


HAHAHAHAHA skrip The Pearl 0.02% siap. Sebab baca pun baru sampai Chapter Six. NGEH harapkan pagar pagar isap jari.

Can't resist nostalgia, The Necklace :')

Best gila kan kengkawan, banting tulang mandi peluh cemar duli practice hari-hari siang malam? Eh. Mana ada hari-hari siang malam. Last minute je pulak tu. Sebab "lek ah, kita kan hebat! star!" Skrip pun tak hafal. Props pun ayam. Lagu pun takde sape nak nyanyi. Persaingan pun takde, setakat kelas Akaun yang tak geti speaking tu, ala jentik tepi je, HAHAHAHAHA

Pastu bila tengok diorang hebat gila props canggih berlakon taraf Oscar costume cantik cikgu puji semua, baru nak gelabah monyet kat tepi longkang kelas. Nak tarik diri la, nak sabotaj kelas Akaun la (bakar props diorang, curik costume diorang, bakar rumah diorang, HAHAHA) balblalblalblalbalblalgelabahgelabah

HAHA SUMPAH LAWAK GILA WEH

Lepas tu dah la kena marah banyak kali dengan Miss V sebab sekolah kita kerek tak bagi ada apa-apa kena mengena dengan Dancing, sezarah pun tak boleh, yang sewaktu dengannya pun takboleh. So kita nak buat apa dengan lagu Sway tu weh? Menari zapin? Menari zapin pun tak boleh. Haram. Nasib baik lelaki & perempuan dibenarkan kongsi stage. Pfft puas kena marah dengan Miss V macam Godzilla, tengok2 Pengetua datang cukup syarat time penyampaian hadiah je. Pekejadah

Mana auditorium yang dijanjikan?

Lepas tu dapat second place. Memang terbaek. Takpe, kita bagi peluang sebenarnya kat bebudak Akaun, kesian diorang. Time Hari Perpaduan, cikgu mintak encore, perform lagi sekali. Mencapap lagi.

"Eh kenapa korang tak menang? Korang punya lagi best kot daripada budak Akaun yang juara tu..."

HAHAHAHA :D

It was the best of times, it was the worst of times :')

Mathilde Loisel for life! WOOT

//
Haha btw, yang membangkitkan nostalgia ni sebenarnya sebab aku terjumpa balik draft skrip yang kita conteng time discussion, lawak nak mampus.

SCENE 3 (BALL)

Narrator: The time has finally came for the Loisels to attend their long waited ball. There was a live band and the minister was overjoy.

*music singing scene

Nabeel: Announcing the arrival of Monsieur (fikir nak letak nama apa...) CADBURY!

(Wong masuk la) (music slow pastu kuat balik)

Nabeel: Announcing the arrival of Monsieur and Madame Loisel.

*Semua clap* *Minister tercengang pastu declare ball*

Minister: I declare ball mula huhuhuhuhuhuGELAKAMIRUL

(dance dance)

Cadbury: Loisel, yok lepak!

Loisel: I'm sorry Mathilde can I be excused? Would you be okay on your own

Narrator: Mathilde was ok-est than ok as a goodlooking thing approach her.

FLirty guy: What does a goodlooking girl like you standing on the dancefloor on your own.

Mathilde : *giggle*

HAHA KAY takde ah lawak sangat kan dah la grammar taik.

Mana semua gambar doh? DVD dah laris jual? Ke dah kena cekup polis?

The Pearl? Apa tu? Ngeh

Saturday, June 5, 2010

test test

weii jakun kejap aku dpt post pki account sndiri,heheheh..

sorry..batak ;p

HAPPY HOLIDAYS KORANG!

Friday, June 4, 2010

better kita insaf sebelum ada yang menginsafkan kita?

"apahal ni semua mula tunjuk ego masing?"

aku berharap sangat cuti 2 minggu ni kita manfaatkan betul betul [kot ye la] sebab macam macam boleh berlaku lepas kita berniat lakukan sesuatu.Contoh nya si gedik ni kata,"eh aku nak siapkan homwok esok la,lusa la tulat lah,last last haram jade semua tak siap" pfttt
apa semua ni?hipokrit
ye penulis ucapkan mana yang nak berholidai jauh jauh tu semoga selamat sampai ke destinasi dan berceria gembira! bestnya penulis akur kerana terpaksa terperap di rumah akibat tiada kerja hahahaha. ok sebenarnya banyak idea,tapi malas.nanti sambung erh :)
-JJ

Berubah?



lama tak hapdet..sunyi plak blog ni,yelah kan,masing2 busy dgn exam ape smua and bloggers yg active plak hapdet blog sndiri jek.

straight to the point,aku rasa dah muak jelak da kan dgr stetmen2 klise' budak2 17 tahun malaysia yang bergelar calon spm.

' aku nak berubahla..xnak online.."
" aku nak berubahla,xmo tangguhkan keje.."

berubah berubah berubah sampai berbuah tgk statik je.masih cmtu,masih bising,masih sakai.

apa yg buat aku sedar ialah blog puan tang (xtaula korg da bce ke x..). latest blog post bernada kecewa emosiotnal beliau.teruk sgt ke paper kite wei? bkn ke mse tu kita..ops..xleh ckp.. bahaya.. maksud aku,kita xstudy ke mse tu? cuba ingt blik mlm exam tu kita buatpe.

makan?

fesbuk?

meset2?

usha2?

ataukah *bak kata esah* jadi kilang salivary amylase kt buku chem?

bagi yg da ketinggalan zaman leh bce blog bliau kt sini:
http://tangwansee.blogspot.com

haish... xtau nk ckp la.even cikgu nik da lain mcm,dia duk habaq mai kitorang ramai fail edmet.yg lulus leh dibilang dgn jari.in fact,bm karangan pun dah punah harapan .

*bak kte jerin - si high scorer wtf wtf bm* TURAIIIII PULANGKAN DUIT AKUUU..

perubahan sekadar propaganda budak2 aktif nk sedapkn ati cikgu2? hmm...it's about time we change for real.masih blum tlmbt,spm ade 100++ hari lgi,blum lgi trial,blum gerak gempur and blum program motivasi wtf smua tu.starting from now,aku rse kite ptt prove yg kita ni bkn propa je.

aku bkn nk bebel,aku ckp based on fakta.before it's too late.strive for the stars..

may the force be with you..heheh.

-yana