Thursday, August 26, 2010

smkA kd10


Kalau takde unsur SatuMalaysia-kononnya kat sekolah kita tu, mungkin sekolah kita dah boleh diiktiraf sebagai Sekolah Agama? Maahad tu belum sampai tahap lagi la.

Kita hanya pandai mengeluh. Mengutuk di belakang. Mencaci maki. Meludah benci. Memperlekeh. Memerli. Menyindir. Menghina. Memperkecil. Ketawa di belakang.
Keluhan, kutukan, caci makian, ludah benci, perlekehan(????), perlian, sindiran, hinaan, ....., gelak tawa tu yang akan menjadi tiket kita ke neraka kelak, seronok kan? kan? kan?

"Biar hancur neraka tu!" - Ceghumiat ♥

Peristiwa hari ni membawa aku kembali ke dua tahun lepas. Sepantas speed of light masa berlalu daripada PMR ke SPM.

Rabu, Oktober 08, 2008

Asap atas Air - Ungu Dalam

Comment Tuan Pengetua tentang respon / sambutan dingin pelajar terhadap Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin PMR SPM STPM :

" Saya tak paham kenapa! Apa nak jadi ?! Dah tak percaya kat Tuhan dah? Awak mengeluh nak hadir sama lah dengan awak dah taak heran dengan kuasa Yang Maha Esa "

Kalau dua tahun lepas, Cikgu merayu dan kemudiannya mengamuk mengenai Solat Hajat, hari ni lebih kurang sama.

Kem Remaja apa tah yang aku tahu dia lebih kurang macam Kem Ibadah / Kem Solat, sempena Ramadan, satu hari duduk kat masjid kuning dengar ceramah curah air ke daun keladi basah telinga kiri kering telinga kanan, bayar RM5 untuk buka puasa makan tak sedap air sirap.

Pun tak berminat?

Mana la pengetua kita tak memujuk rayu lalu mengamuk. Aku pulak yang rasa simpati untuk dia, malu bergelar rakan sepelajar engkorang.

KD10 hidup beradab? Indah khabar daripada rupa. KD10 sekolah agama? Bagai menanti bulan jatuh ke riba.

Bak kata Ustaz Jerin, Selamat Menghayati Nuzul Quran & Mencari Lailatul Qadar :)

Wednesday, August 25, 2010

ke mana kalau dah lama gian,kalau tidak ke facebook


kita rasa jengkel lagi dangkal bila dengar kata kata munafik lagi saiko "weh bila nak de-activate facebook muka buku atau dajjal yang gila saiko suruh log in setiap hari ni ??" "bila bila bila bila bila" tak siapa berani jawab ,kalau jawab pun hanyalah jawapan klisey aku nak trial, aku nak spm, aku nak mati, aku nak tolong mak kat dapor heh -_- eleh mak mak kat dapor punnnnnnn pandai tau guna pesbuk sebab nak tengok menu masakan heh ada ke??ke buat benda lain?jeng jeng jeng takde la diorang suka main game lagi lagi ninja saga opsss tak pun farmville tak pun yobile tak pon frontiel tak pun mafia war tak pun tak pun takpun suka hati kau la nak main apa.jangan main 'game' tu sudah -_-..baik aku tutup topik ni sebelum aku kene bakar hidup hidup oleh anti-penggemar game di facebuk seperti tuttttttttt dan tuttttttttttt ngahahhaha. :D
"esok berbuka teringin nak makan kangkung belacan ikan masin" awuwuwuw sedapnyaaa :')
dekat sini pun nak cakap pasal cintan cintun si pilot fizik failed tu ke?? haih -.- tunggu la aku ulas aku malas aku nak tidur sekarang pukul 1.30 pagi esok ada seminar macam haremmmmmmmzzz mesti buat taik mata kat sana.baguslah dah nama pun sejarahzzzzz..memang sejarah hidup untuk tidurr sambil menyanyi sejarah mungkin berulanggzzzz tomok newboiisss dah la apa aku buat tah malam malam menulis ni la dia orang gian saiko tak dapat log in FB dah :'( haha gedik la gedik la. permisi.
kata kata durjana yang trang tangtang bukan ahli falsafah tapi hanya falsampah ,"kau deactivte ke tak deactivate je sama je la dei macaaaaa"
JOM la jom la jom la jom la jom la susun meja kelas macam kapal terbangzzzzzzzzzzzzz hahahaah pedulikan kobis nak kata apa.kita ni ayam.bapak ayam /mak ayam lagi tu hahahahaahah tak tau nak buat apa. ,gelak sampai hentak hentak muka atas meja sampai meja retak lepas tu pusing belakang buat muka mengjengggggggggkelkan lepas tu mati kena simbah asid.the end cerita seorang yang saikoo ok -_- enoying

Tuesday, August 24, 2010

the devil wears ninja




Memang betul setan kena kurung, tapi dia dah hantar banyak wakil untuk jalankan tugas dia. Apatah lagi manusia, sepanjang tahun dah kena training all out untuk gantikan tempat setan pada bulan Ramadan.

JANGAN HARAP AKU AKAN KALAH
JANGAN HARAP AKU AKAN MENYERAH
JANGAN HARAP AKU AKAN TERPEDAYA
JANGAN HARAP AKU AKAN JATUH
JANGAN HARAP AKU AKAN SANGAP
JANGAN HARAP AKU AKAN STAT
JANGAN HARAP AKU AKAN TERHASUT
JANGAN HARAP AKU AKAN TERGODA
JANGAN HARAP AKU AKAN TERNODA
JANGAN HARAP AKU AKAN LEMAH
JANGAN HARAP AKU AKAN TERMAKAN KATA-KATA
JANGAN HARAP AKU AKAN ............

LANGKAH MAYAT AKU! (fuyoh)

Ya Allah peliharalah aku. Proud to be a Ninja Saga virgin!
Setakat ni hanya aku & Fasha yang masih mampu bertahan, selamat dan suci daripada setan Ninja Saga.
Korang yang lain, terus meneruslah menjebakkan diri ke lembah durjana.


HAHAHA dulu Farmville Yoville apa kejadah ville semua. Sekarang Ninja Saga pulak jadi kegilaan ayam-ayam aktif sekalian. It's annoyingly magical how every conversation, every intention to have a 'study group', every gathering, ends up to be something regarding Ninja Saga. How they talk about it like it's the best thing in the world, larger than life, even more significant than SPM, eh jap, memang pun we treat everything like it's more important than SPM kan? Haha it's as if, if we had a Life List, SPM would be the last point on it. Keji.

Insaflah kawan-kawan, hentikanlah berNinja sebelum anda diNinjakan ;)
& STOP TRYING TO DRAG ME INTO YOUR CULT!

Saturday, August 21, 2010

karangan Jom Cari Makan!

.......lepas azan Maghrib ok ayam-ayam sekalian, bukan sebelum azan Zohor.

Perancangan Pergaduhan tentang nak makan kat mana, bila, berapa bajet, nak pakai baju apa, sembahyang kat mana, jemput cikgu apa, blalbalblablalblalballablalal akhirnya bermula dengan kebuluran, berakhir dengan kekenyangan tahap dewa tak boleh tido sampai sahur. Dan kebahagiaan, keseronokan, kenangan manis sampai bebila :) [AYAT KLISE]

Bak kata Miss V yang mendakwa telah diajak-ajak ayam oleh ayam-ayam sekalian - haish bukan diajak-ajak ayam la Miss V, tapi diajak ayam HAHAHA ok tak lawak - keluar "meraikan kekalahan". Dah la hina, rakus buas sangat nafsu ayam, cek cikai pun belum ada lagi dalam tangan, tapi dah pegi joli dulu, bak kata pepatah Besar pasak daripada tiangnya, tapi dalam kes ni, pasak besar gila, tiang takde langsung, cikai. Cuba kalau tetiba kemenangan - DAH LA TEMPAT KEDUA JE - kita dibatalkan, ke duit dikurangkan jadi RM50 je ke, ha celah mana nak carik ganti rugi RM311.10 yang dah masuk perut tu? Nak pegi Jom Cari Makan tu muntahkan balik semua kejadah Tomyam Campur tu?

YE anda belum lagi rabun atau tersalah baca, kami telah menghabiskan wang dua kali ganda lebih banyak daripada jumlah wang kemenangan, memang rakus. Semua hasil penat lelah banting tulang buat House of Bayo lesap macam tu je masuk perut lepas tu esoknya keluar balik as faeces hoh [AYAT KUFUR]

Ala, asalkan bahagia :) Bahagia kan kan kan kan kan? (Kalau nak hidup, baik setuju)
Malam ini kita anggap segregasi hierarki birokrasi autokratik diktator oligarki Ayam - Kobis tidak wujud ye sebab malam ini berjaya menjadi saksi kepada permuafakatan antara Ayam dan seperatus Kobis, aww so sweet :')

Belum Azan Maghrib lagi dah ada Adegan Drop Water Face, haaaaaaaaaa ni semua angkara pihak pengurusan yang suka hati bagi kitorang makan kat meja bulat hah, apa kes, kita semua Melayu kot, si Chan-chan pun tak datang [AYAT RACIST] so bagi je la kitorang makan kat meja quadrilateral hoh! Kan dah terpaksa memalukan diri dengan teknik menyambung dua meja bulat tanpa mengira terlebih dahulu circumference & area of sector. Malas la, siang tadi baru habis stress kertas Admet.

Lain-lain Adegan Drop Water Face sepanjang malam tentunya terlalu melimpah ruah, dan merangkumi babak-babak klise biasa la seperti, bising tahap perang dunia ketiga buat macam kedai bapak sendiri, penyundalan di hadapan phone kamera tak sampai 3 megapixel, penimbulan persoalan "Bila la budak2 ni nak balik, kata la diorang nak sahur sekali kat sini, hoi entah2 raya pun kat sini jugak kot ..." di benak pekerja2 restoran tersebut, pelanggaran peraturan No Outside Food Allowed dengan adanya kek coklat buatan RAW, dan lain lain lagi dan lain lain lagi.
Tapi Klimaks Drop Water Face sudah tentu la di kaunter pembayaran sewaktu kita mengeluarkan harta karun kelas yang diletakkan dalam beg yang acah-acah briefcase. Berat gila. Nak tahu kenapa? Sebab penuh dengan duit syiling. Ha, melangut la dekat kaunter tu lama gila kira syiling bertingkat sampai berpuluh ringgit, semata-mata untuk setelkan bil. Cuba kalau RM300 tu semua pakai syiling? Gila kau, sampai 20 hari bulan Ramadan kita kat situ.
Tu pun dah kira klimaks yang cukup baik la. Lagi teruk kalau penyetelan bil kita terpaksa dilaksanakan dengan buku 555 atau pembasuhan pinggan beramai-ramai di dapur???

Hari ni nampaknya Bala/Tulah/Saka Aktif malas hendak menunjuk belang, sebab kusangkakan hujan di tengah makan rupanya panas hingga ke sendawa, alhamdulillah tak hujan. Mungkin sebab hiburan malam tersebut hanya tertakluk kepada lagu raya dipasang di telefon bimbit masing-masing dan tiada yang gatal nak karaoke free (EHEM). Pihak restoran membuat keputusan yang bijak untuk meletakkan kami di luar restoran. Kalau letak kat dalam, ada kemungkinan besar untuk dihalau/saman/blacklist! Atau mungkin restoran diorang terpaksa ditutup sebab walaupun takde hujan takde ribut tapi tetiba ada manusia kat dalam kena panah petir. Harap-harap la takde orang yang tahu kitorang daripada KD10 sebab sepanjang malam tersebut takde langsung konsep Hidup Beradab dipamerkan.

HAHAHA Cuba teka siapa antara ayam-ayam sekalian yang terpilih untuk mengetuai bacaan Allahumma Laka Sumna??? CUBA TEKA CUBA TEKA.
Tak disangka-sangka, rupanya bapak segala ayam, si Pilot kita tak lah sejahil atau semunafik atau sefasik atau seAsi mana :)

Setengah jam selepas azan Maghrib nasi lauk dah sejuk beku baru la kita dapat menjamu selera dek menanti ketibaan VVVVVVIP kesayangan ----- RAW. HAHAHA. Semua berebut tarik rambut nakkan secubit nasi daripada pinggan berdaulat Miss On, dapat sebutir pun jadilah, mana lah tahu dapat kuatkan jodoh. Tapi bila RAW offer nak kongsi ABC dia, semua buat-buat tak dengar. Cikai perangai derhaka fail BI! Lauk paling best mestilah Lemon Chicken, haha rasa macam cannibal kejam gila makan spesies sendiri ;)

Cubaan ke892375295 RAW untuk membuat lawak kali ni mungkin menjadi apabila beliau membawa sebuah video kamera bersamanya dan menyerahkannya kepada geng Pearl untuk merakamkan perjalanan majlis ........... . Lawak tragis. Kesian Nabeel. Siapa tahu, mungkin dia sedang menahan sebak di dada dan air mata? Semua menolak untuk pegang video kamera tu sebab takut kena badi HAHAHAHA.

blablalballbalblablalbalblalballbalblal borak gelak sundal bosan menguap bising mengumpat gosip buat admet makan gelak gelak gelak gelak sundal .......... dua jam selepas buka puasa baru lah majlis menutup separa tirai, semua beransur pulang ke destinasi pilihan hati masing-masing. Majlis terbelah dua ...

GIZA KE MEKDI KE GIZA KE MEKDI KE GIZA KE MEKDI KE ASJHIASH

nasib baik tak bukak Parlimen kat situ.

"Giza mana ada pape ada kipas besar je!? Mekdi jom!"

Haish maaflah geng haluan kiri yang memilih untuk ke Giza, bagi kami (geng Mekdi), Mekdi akan sentiasa menjadi pilihan hati, persinggahan terakhir, rumah kedua. Walaupun terpaksa ber-tin sardin cap AYAM dalam perjalanan ke sana, tak mengapa, dapat naik kereta cikgu lawa. Walaupun rasa Sundae Lime hijau tu rupa macam muntah hijau, rasa macam pencuci tandas, tak mengapa, habis juga. Walaupun Botol Kucing penulis menjadi subjek kontroversi apabila ada anak C*na (racist) menangis lagi sikit nak runtuhkan Mekdi kerana mengesyaki kami sebagai pencuri botolnya. Hekeleh kau ingat kau sorang je ke ada botol tu?

ZOOM IN BOTOL BADI


blablablablalbalalla borak gelak sundal bosan menguap bising mengumpat gosip BUAT ADMET makan gelak gelak gelak gelak sundal lagi di Mekdi. Curik cawan ---> basuh ---> refill ; projek wajib.

(dah malas nak mengarang)

Tuntasnya, hish party macam dah habis SPM padahal baru habis Pra-Trial belum lagi Trial, eh belum lagi habis sebenarnya hari Isnin ada kertas Sivik + PJK -.-

Begitulah sehari dalam hidup kita di bulan Ramadan, mudah-mudahan diberkati Allah.

Esok rasa macam tak sekolah doh sebab biasanya kan lepas peksa terus cuti haih.

PREVIU ADEGAN2 "LUCAH!"

Saka Kamera




Bulat + Bulat = Lapan nombor ong!


Hina

Saturday, August 14, 2010

epilog,

epilog raya dan puasa.

EDISI PUASA
  • kalau bangun sahur mesti liat nak mampus.kalau berbuka tu.fuhhhhhhhhhhhh!! laju aje dah ada kat depan makanan kan?
  • kalau lepas berbuka pulak,mesti malas nak kemas pinggan etc etc cawan semua basuh ke kat sink sebab perut dah terkenyang sebab gelojoh macam orang tak pernah makan setahun.teruxx betul orang orang marcapada kini. [ke aku?]
  • oh lebih teruk lagi ,[contoh aku] dah makan berbuka terus tidor sampai pukul 12 malam dan tahu je la maksudnya,terawih pun lesap -_-
  • pergi bazar macam orang tak hingat dunia.nampak air kaler kaler semua nak beli padahl duit dalam poket/wallet seciput hanya untuk satu je. -.- same goes tu makanan jugak har har har nampak kuih ni tu ni u semua nak.walhal bila sampai rumah semua tak termakan sebab dan buncit minum air sampai terkojol sampai tak boleh masuk perut dah walaupun minum eno bagai nak rak.
  • KUIH raya edisi ramadhan semua dah keluar dah.siap berkatelog berpin kuih raya,kononnya sample nak bagi orang tengok.tayang waktu waktu puasa pulak tu.nampak sangat tak sedap tapi cantik je -.-'
  • perasan tak baru ramadhan 2 3 4 hari,iklan hari raya kat tivi tivi redio estro dvd vcd semua dah keluar.pantas betul orang kita buat duit cari duit .-.-'
  • IKLAN semua tulis sale padahal harga sama ataupun ada yang buat tamak harga sama tapi dia doublekan harga tersebut dan tulis ada potongan 50%.tak ke kita kena tipu bulat bulat dasawarsa kini?
  • PERHATIKAN mercun dah dum dam dumdam sini sana walaupun plis dah tak kasi main mercun.pedui hapa.mercun best!!! aailikee :) hehehe
  • Tengok kereta kereta bedoza bedoza motor motor dekat masjid masjid berdekatan penuh gila sampai nak carik parking pun susssaaahsaxx ,cuba tengok bila dah 2 3 minggu nanti.boleh bilang pakai jari tangan kanan je mungkin -.-
  • ada yang malas sangat nak bersahur,siap sahur pukul 12 tengahmalam lagi .cayalah
  • kalau yang perempuan pulak boleh skip puasa sebab keuzuran?lelaki?ada yang uzur ke?nauzubllah hehehe :D
  • bulan puasa ni baru la orang orang besar nak tayang muka derma sini sana kat anak yatim ke apa ke?bukannya tak elok. tapi kenapa baru kini??riak terang riak depan kamera mungkin haih -.-
  • bulan puasa barulah hotel hotel semua nak cari sijil halal.sebelum ni haram ke? buffet tawarkan harga cekik nak mati tapi nasib boleh tambah tambah [kalau tak malu] ailikeeee :D
  • PUASA meningkatkan pahala .

EDISI RAYA
  • raya belum lagi tiba,perabot semua dah tukar.ni bagi sapa sapa yang suka sangat berhutang la kan kan?nak nunjuk nunjuk la katakan? hehehe
  • Dasawarsa kini orang ramai beli baju raya last minet sebab ada sale hebat hbat kan?lagi lagi dekat jalan TAR dan uptown terdekat anda.kalau macam dekat gulatis ke jekil mesti harga tetap no kurang kurang -.-' koya bebeno
  • Beli baju raya untuk lelaki baju melayu,perempua kebaya kurung [yang biasanya] ,tapi sehari je pakai.hilang rm100[budget harga baju] macam tu .lepas tu campak lemari simpan buat pekasam.hari kedua ketiga dan seterusnya kembali semua fesen ala barat :D
  • ada juga yang ziarah kubur pada pagi syawal slepas solat hari raya aidiladha untuk yang telah pergi dahulu :') ALFATIHAH.
  • menu utama tiap pagi raya mesti ada rendang,pulut kuning,dodol,lemang,wajik, mee,lontong nasi himpit dan air sirap sejuk ber ais. serta teh untuk minum pagi. bestnyaa :D
  • kebanyakannya,orang nogori panggil mantai .*mantai = kacau dodol buat lemang.* pada sehari seblum hari raya :D
  • hari pertama naik kereta pergi satu negeri dan negeri terdekat untuk menziarahi kaum saudara terdekat.
  • BUDAK BUDAK pun jalankan misi diorang celuk duit raya dekat rumah rumah orang lain.tapi kebanyakkan rumah cakap , "sorii takde orang laah " akibat sebagai nak elak dari bagi duit raya kihkihkih :D
  • mesti ada lawan lawan mercun dengan jiran sebelah kan kan kan??:D bestnyaa
  • kalau raya mesti kampung penuh dengan kereta.satu family 2 3 4 buah kereta?bayangkan family saya ada 26 buah keluarga? tu belum kira semua balik raya lagi tu?
  • ADEGAN wajib tonton setiap tahun salam sambil menangis pegang ampau ayahibu kasi mesti ada . :') indahnya.
  • puasa 6 jangan lupa ? hikhikhik:D

Wednesday, August 11, 2010

selamat Meyambut Harapan Ramadhan

asam pedas pucuk pegaga,
budu di hidang untuk dicicah,
sepuluh jari disusun bersama,
ampunkan segala tutur & tingkah

bertawa sedih beriang canda,
memakai haruman senantiasa,
pahala ibadat belripat ganda,
bulan mulia hari bahagia

Monday, August 9, 2010

before Camni Bai . . .

. . . there was So Hai

yang nasib baik takde cikgu faham maksud dia dalam bahasa Cantonese
>>> {CLICK}
:')



Sunday, August 8, 2010

kalau dah esah tu memang esah




Tak pernah ter fikir ke kemungkinan kalau batang hidung aku tak nampak kat sekolah tu mungkin sebab aku terlantar sakit? Koma? Atau pun dah inalillah dah pun?

Kenapa takde orang ter fikir?

Kenapa semua nak fikir -Esah budak jahat tak berdisiplin suka bangun lambat datang lambat tido dalam kelas tak pun ponteng terus je?
Stigma masyarakat tul, haktuih.

Tak pernah ke rasa ketidakhadiran aku tu diulit misteri?
Tak pernah ke terasa nak korban syiling turun bawah call aku pakai public phone tanya khabar?

Mana la tahu tetiba esok pagi kat perhimpunan ada pengumuman Kita telah kehilangan seorang rakan bla bla bla

Ajal menanti di mana-mana untuk siapa-siapa pada bila-bila masa :)

OK SAIKO haha fine fine fine tahu la aku selalu ponteng sekolah lalalala tapi hari ni memang aku sakit la ngehehehe.

Tuesday, August 3, 2010

our life as a 5 activerians-boys 2 be exact.. :D

ola!!
wah, nie pest time den wat blog2 gini.. cewah2.. i dh mju u.. haha..

just nk share vid nie ngn kalian semua.. nie ar kje bdak2 teruna kte waktu dlm klas.. haha.. enjoy!! :)

(sorry ar kalau x dgr sgt... so,korg kne ar tjmkn sme deria korg.. lalala.. )


video

Monday, August 2, 2010

said the chicken to the cabbage

Dedicated to S.A. hihihi

Cikgu: S.A. tolong baca petikan etc
Hazemkeji: Tutup kipas weh nanti tak dengar suara dia!

-______-