Wednesday, December 8, 2010

Merdeheka

MERDEKAAAAAA!!

one word says it all :) say good bye to school life,say hello to Respected Graper Alliance[Persatuan Penganggur Terhormat] !

suggested to-do list sebelum kita melangkah ke alam kolej:
1.Mekdi ritual,smp ala2 nk kena halau gitu
2.picnic with the activians
3.clubbing..eh slh..driving license
4.wayang!
5. PLKN (utk yg dpt)
6. compulsory part time job!

that's what i suggest,what are you guys gonna do during this 3-month break?

notakaki: terdengar sora amirul bob aka ogre of KD10 buat countdown 5 seconds to merdeka before bio paper 3 habis.and utk menambah kpd kegampangannya,invigilator yg jaga room C pun join skali -_-

Thursday, December 2, 2010

penamat baju putih kain hijau lumut /biru cair

with this, im declare that this blog was closingg [sambil baling topi graduasi.] bye legasi aktif, gonna miss u a lot so much!

bi aku terabor?pedulik,

Saturday, November 20, 2010

PERJUANGAN KE [??]

WATASHI SINDAGUCCI MUNAKPAKAIPRADAJE KUSUKAMEKDIIIIIIIIIIIIIIII

WATACIIIIII!! JENEGJEGJEJE
OK KORANG SELAMAT BERSPM. SAMA SAMA KITA DOAKAN UNTUK RAKAN SEKELAS SUPAYA KELAS AKTIF MUNGKIN POSSIBLYPROBABLYPERHAPMAYBE MENJADI KELAS YANG TERAMAI DAPAIT STRAIGHT A'S BEBEH! AMIN.

"YA ALLAH,KAU BANTU LA KAMI SEMUA .SEMOGA KEJAYAAN MILIK KAMI" AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Thursday, November 11, 2010

last laugh? :')

Ni kelas ke reban ayam?
Ni budak 17 tahun nak amik SPM ke budak 12 tahun nak amik result UPSR?

Out of words, more than words ♥ :')


Monday, November 8, 2010

BETWEENHEAVEN&HELL

malas nak berkarangancontoh, amik ni post selekeh

can't believe im actually saying this, apatah lagi on the last week of my entire 11-year school life pfft but ..

SCHOOL TODAY WAS FRIGIN AWESOME!

ni la akibat terlalu banyak hari ponteng kot sampai hari ni rasa macam hari pertama sekolah ok sumpah malas nak blog

rangka karangan je la

oreo - jeruk - roti cheese - kantin koperasi dah tak memberangsangkan - rehat?apatu? - oihasidjfhajfhah zzzzzzzz - karaokelas

&&&& DAH JUMPA ANTHEM UNTUK GRADUATION :'D :'D :'D :'D

FOSHURE!!!!!!!!!!!!!

Jom weh ramai ramai berfixiebasikal ke Segi nanti pakai robe Pope/Harrypotter? adhfjafnhjakafjalksfjaklsjdalj

WE ARE THE KINGS & QUEENS OF PROMISE unsur syirik MAYBE THE CHILDREN OF A LESSER GOD ahjfdhajdfhkjshjfhsjkdfhkjsdhfkjshkfhs

Wednesday, October 27, 2010

BILA KEMARUKKK SPM

>> di kala Spm ada 26hari lagi budak budak kelas 5 aktif masih mengomel mengomplen mengutuk belakang me me me dan segala jadah me- kerana terlalu dihujani kertas kertas percubaan seantero negeri buat berat kilo beg,beg dag berkilo tapi masih dan akan bertambah berat samapi bongkok sabut -_- itu namanya sumpah kupurr orang dah tolong nak bantu dapat A+ kononnya yang mereka ni [termasukk aku] haha masih mengomplen dan bila nak buatnya? jom nyanyi lagu "suatuu hari annti.." selepas SPM -.-' perlukah?

>>bila dihujani ,dilambaki,diberati dengan kertas kertas tersebut,buku yang bau kedai kat rumah tu nak letak mana? letak kat dalam mekrowave?dalam wosing mesen? dalam periuk nasik buat sup buku bila makan terus jadi pandai? kamon kita ada lagi 26 hari balablalbabala tolak makan tolak berak tolak tulis blog tolak tidor tolak online tolak tambah darab bahgi semua kita ada tak sampai dopopatjam pun nak cover balik semua subtopik 10 subjek muhahahah. ini kenyataan dan hadapainya -.- buku tu? boleh jadi pneman mimpi

>> tinggal lagi 26 hari balbalalbalbalablal keadaan masih sama masih seperti dulu masih konstant seperti 2 3 4 5 6 bulan lepas semasa dalam kelas cuma ada sikit perubahan.perubahanya, ada buku ata meja .[buku latihan] kali ni kalau ada masa free baru sentuh/ buat.selama ni buat apa? yaaaaa good kuestion selama ni memekak tak tentu hala tidor sampai keluar amylase sokseksoksek pasal awekk pakwe gay semuajadah soksek planing nak outing kememeh walaupun jarak outing tak sampai 1 marhalah .oh "baru boleh cakap,ruginyaa masa kita soksek soksek pasal benda tu?ayoyoyoyoyyo lebih baik study..-.- its too late opologaise"

>> nak dekat 26hari SPM jugak kita masih ditipu oleh si mata duitan pelbagai seminar buat duit last minute dipropaganda sekekeliling selangor $$ masyuk beb .tak payah cukup ditipu dan terus ditipu inputnya zero hiburannya 100% mana pergi ilmu kalau tak de input?? -.-'insaf insaf. tapi yang BI tadi sumpahhh lawak dia tengah perli aku la bencinyaa tunggu kau essay bi kalau nak dapat 40 and above tu memang tak dapat la bagi continous writing kala nak dapat 35 tu aku akan usahakan amin.doakan yerh? :D mueheheheh

" ha? study? stidor? ..ok bye bantal panggil suruh tidor zzzz "
permisi k thknbyenite.

Wednesday, October 20, 2010

hari ini esok dan seterusnya

Baru dua hari ponteng tak hadir tapi dah rasa macam lama gila -forever!

If you count out Monday - tu pun datang lambat (halfday hahaha) - then I haven't been in school for almost a week i guess?

Missed me homies? ;)

Entah la aku rindu sekolah ke tidak? Tapi bila jejak kelas tu rasa macam kelas dah lain gila gila gila gila tapi taktau apa yang berbeza. Just has a different light to it - sinaran mentari menyinari hahahaha.

Miss On mintak surat cuti. I'm still thinking of what excuse to use other than "I hate school". hah

AND STOP MAKING CARTOONS ABOUT ME AND MY LIFE!!!!!!


Thursday, October 14, 2010

zzzzzzzzzz

Too busy studying? / sleeping? to be blogging. Saving all my words and phrases for karangan SPM. So here goes, a picture says a thousand words, 2 pictures x 1000 = 2000 HAH LULUS ADMET :D

Saturday, October 2, 2010

Exam - Perlu Ke?

-Study xpayah!
-Tinggalkan FB xpayah!
-Trial xpayah!
-SPM xpayah!

aku gila?ke kau yang gila,haha.. (ok lawak syok sendiri,shut up yana).xpayah mksdnya xsusah! cuba kita substitutekan xpayah = xsusah

-Study xsusah
-Tinggalkan FB xsusah
-Trial xsusah
-SPM xsusah

kan lebih afdal? -ya ya aku tiru XFM punya slogan,so? hehe.

"SPM ditangguhkan ke 23hb nov weh! ada masa lagi!" kata2 seorang munafik yg suka study last minet,biasalah,kita mmg mcm tu kan,suka bertangguh.(kita=kau),haha.stakat sebelum ni 22hb tukar ke 23hb pun kau nak kecoh ke,sempat lgi nk plan outing terbaru,konon merdeka from trial la,last kopek sebelum spm la,mcmla lps spm xdak masa nk jumpe.semua nk study the night before,kalau trial tu bolehla,stakat dpt tajuk dri 'sumber2' ehemfbdajalsmsemailehem pun da kita bangga gila.trial bolehla,SPM?kau nak hrpkn seminar?mmg BS ar..[bkn backstreet boys tpi tinja lembu jantan,sindri translate la macha] smua atas dasar usaha jugakla wei.skalipun ada sumber yg tepat,percayala ckp aku,sumber tu dgn kita2 skali akan binasa [kne sumbat dlm tong,kne bakar then cmpak dlm tasik dpn sekolah] mau?xmau kan?belum kawen kan? oops..i mean belum SPM kan?so xyahla hrpkan tips last minet ni,xsmestinya smua betul.kalau dpt tu rezeki la,tapi kalau xtepat cmne?kau nk saman turai ke,nk paksa dia mkn 8cookies ke,da tlmbt la.nasihat aku,utk trial kita da xleh wat pape,berserah jela.study je mana2 yg mampu but utk SPM,kita ada lebih kurang sebulan lebih lagi.xlama pun SPM tu,xsmp sebulan.xpercaya?

nah bg yg dangkal xtgk lagi jadual baru SPM (termasuk aku).kan kan?3 minggu je,trial pun lg lama gamaknya.lps tu,bebasssss... boleh plan outing apa smua,xde sapa nk larang dah.

sorryla geng,aku bkn nk membebel (tapi ada sikit dengki la korg still boleh kluar sdgkn aku kne terperap kt umah smp 15 dec,hehehe) just that aku nk kita smua score.prove to the teachers yg anti-Active yg kita smua ni hyper2 pn otak boleh pakai.kita bkn xpndai,kita kena usaha sikit je lagi.kena ingt,.. kalau kita xscore walaupun da study sparuh mati,bkn sbb tension,tpi sbb cara study xbetul.why not kita pakai masa yg ada dlm class waktu cikgu xde tu utk rectify kelemahan kita?kita try je...

konklusinya? haha.lu pikirla sendiri.good luck semua!

Thursday, August 26, 2010

smkA kd10


Kalau takde unsur SatuMalaysia-kononnya kat sekolah kita tu, mungkin sekolah kita dah boleh diiktiraf sebagai Sekolah Agama? Maahad tu belum sampai tahap lagi la.

Kita hanya pandai mengeluh. Mengutuk di belakang. Mencaci maki. Meludah benci. Memperlekeh. Memerli. Menyindir. Menghina. Memperkecil. Ketawa di belakang.
Keluhan, kutukan, caci makian, ludah benci, perlekehan(????), perlian, sindiran, hinaan, ....., gelak tawa tu yang akan menjadi tiket kita ke neraka kelak, seronok kan? kan? kan?

"Biar hancur neraka tu!" - Ceghumiat ♥

Peristiwa hari ni membawa aku kembali ke dua tahun lepas. Sepantas speed of light masa berlalu daripada PMR ke SPM.

Rabu, Oktober 08, 2008

Asap atas Air - Ungu Dalam

Comment Tuan Pengetua tentang respon / sambutan dingin pelajar terhadap Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin PMR SPM STPM :

" Saya tak paham kenapa! Apa nak jadi ?! Dah tak percaya kat Tuhan dah? Awak mengeluh nak hadir sama lah dengan awak dah taak heran dengan kuasa Yang Maha Esa "

Kalau dua tahun lepas, Cikgu merayu dan kemudiannya mengamuk mengenai Solat Hajat, hari ni lebih kurang sama.

Kem Remaja apa tah yang aku tahu dia lebih kurang macam Kem Ibadah / Kem Solat, sempena Ramadan, satu hari duduk kat masjid kuning dengar ceramah curah air ke daun keladi basah telinga kiri kering telinga kanan, bayar RM5 untuk buka puasa makan tak sedap air sirap.

Pun tak berminat?

Mana la pengetua kita tak memujuk rayu lalu mengamuk. Aku pulak yang rasa simpati untuk dia, malu bergelar rakan sepelajar engkorang.

KD10 hidup beradab? Indah khabar daripada rupa. KD10 sekolah agama? Bagai menanti bulan jatuh ke riba.

Bak kata Ustaz Jerin, Selamat Menghayati Nuzul Quran & Mencari Lailatul Qadar :)

Wednesday, August 25, 2010

ke mana kalau dah lama gian,kalau tidak ke facebook


kita rasa jengkel lagi dangkal bila dengar kata kata munafik lagi saiko "weh bila nak de-activate facebook muka buku atau dajjal yang gila saiko suruh log in setiap hari ni ??" "bila bila bila bila bila" tak siapa berani jawab ,kalau jawab pun hanyalah jawapan klisey aku nak trial, aku nak spm, aku nak mati, aku nak tolong mak kat dapor heh -_- eleh mak mak kat dapor punnnnnnn pandai tau guna pesbuk sebab nak tengok menu masakan heh ada ke??ke buat benda lain?jeng jeng jeng takde la diorang suka main game lagi lagi ninja saga opsss tak pun farmville tak pun yobile tak pon frontiel tak pun mafia war tak pun tak pun takpun suka hati kau la nak main apa.jangan main 'game' tu sudah -_-..baik aku tutup topik ni sebelum aku kene bakar hidup hidup oleh anti-penggemar game di facebuk seperti tuttttttttt dan tuttttttttttt ngahahhaha. :D
"esok berbuka teringin nak makan kangkung belacan ikan masin" awuwuwuw sedapnyaaa :')
dekat sini pun nak cakap pasal cintan cintun si pilot fizik failed tu ke?? haih -.- tunggu la aku ulas aku malas aku nak tidur sekarang pukul 1.30 pagi esok ada seminar macam haremmmmmmmzzz mesti buat taik mata kat sana.baguslah dah nama pun sejarahzzzzz..memang sejarah hidup untuk tidurr sambil menyanyi sejarah mungkin berulanggzzzz tomok newboiisss dah la apa aku buat tah malam malam menulis ni la dia orang gian saiko tak dapat log in FB dah :'( haha gedik la gedik la. permisi.
kata kata durjana yang trang tangtang bukan ahli falsafah tapi hanya falsampah ,"kau deactivte ke tak deactivate je sama je la dei macaaaaa"
JOM la jom la jom la jom la jom la susun meja kelas macam kapal terbangzzzzzzzzzzzzz hahahaah pedulikan kobis nak kata apa.kita ni ayam.bapak ayam /mak ayam lagi tu hahahahaahah tak tau nak buat apa. ,gelak sampai hentak hentak muka atas meja sampai meja retak lepas tu pusing belakang buat muka mengjengggggggggkelkan lepas tu mati kena simbah asid.the end cerita seorang yang saikoo ok -_- enoying

Tuesday, August 24, 2010

the devil wears ninja




Memang betul setan kena kurung, tapi dia dah hantar banyak wakil untuk jalankan tugas dia. Apatah lagi manusia, sepanjang tahun dah kena training all out untuk gantikan tempat setan pada bulan Ramadan.

JANGAN HARAP AKU AKAN KALAH
JANGAN HARAP AKU AKAN MENYERAH
JANGAN HARAP AKU AKAN TERPEDAYA
JANGAN HARAP AKU AKAN JATUH
JANGAN HARAP AKU AKAN SANGAP
JANGAN HARAP AKU AKAN STAT
JANGAN HARAP AKU AKAN TERHASUT
JANGAN HARAP AKU AKAN TERGODA
JANGAN HARAP AKU AKAN TERNODA
JANGAN HARAP AKU AKAN LEMAH
JANGAN HARAP AKU AKAN TERMAKAN KATA-KATA
JANGAN HARAP AKU AKAN ............

LANGKAH MAYAT AKU! (fuyoh)

Ya Allah peliharalah aku. Proud to be a Ninja Saga virgin!
Setakat ni hanya aku & Fasha yang masih mampu bertahan, selamat dan suci daripada setan Ninja Saga.
Korang yang lain, terus meneruslah menjebakkan diri ke lembah durjana.


HAHAHA dulu Farmville Yoville apa kejadah ville semua. Sekarang Ninja Saga pulak jadi kegilaan ayam-ayam aktif sekalian. It's annoyingly magical how every conversation, every intention to have a 'study group', every gathering, ends up to be something regarding Ninja Saga. How they talk about it like it's the best thing in the world, larger than life, even more significant than SPM, eh jap, memang pun we treat everything like it's more important than SPM kan? Haha it's as if, if we had a Life List, SPM would be the last point on it. Keji.

Insaflah kawan-kawan, hentikanlah berNinja sebelum anda diNinjakan ;)
& STOP TRYING TO DRAG ME INTO YOUR CULT!

Saturday, August 21, 2010

karangan Jom Cari Makan!

.......lepas azan Maghrib ok ayam-ayam sekalian, bukan sebelum azan Zohor.

Perancangan Pergaduhan tentang nak makan kat mana, bila, berapa bajet, nak pakai baju apa, sembahyang kat mana, jemput cikgu apa, blalbalblablalblalballablalal akhirnya bermula dengan kebuluran, berakhir dengan kekenyangan tahap dewa tak boleh tido sampai sahur. Dan kebahagiaan, keseronokan, kenangan manis sampai bebila :) [AYAT KLISE]

Bak kata Miss V yang mendakwa telah diajak-ajak ayam oleh ayam-ayam sekalian - haish bukan diajak-ajak ayam la Miss V, tapi diajak ayam HAHAHA ok tak lawak - keluar "meraikan kekalahan". Dah la hina, rakus buas sangat nafsu ayam, cek cikai pun belum ada lagi dalam tangan, tapi dah pegi joli dulu, bak kata pepatah Besar pasak daripada tiangnya, tapi dalam kes ni, pasak besar gila, tiang takde langsung, cikai. Cuba kalau tetiba kemenangan - DAH LA TEMPAT KEDUA JE - kita dibatalkan, ke duit dikurangkan jadi RM50 je ke, ha celah mana nak carik ganti rugi RM311.10 yang dah masuk perut tu? Nak pegi Jom Cari Makan tu muntahkan balik semua kejadah Tomyam Campur tu?

YE anda belum lagi rabun atau tersalah baca, kami telah menghabiskan wang dua kali ganda lebih banyak daripada jumlah wang kemenangan, memang rakus. Semua hasil penat lelah banting tulang buat House of Bayo lesap macam tu je masuk perut lepas tu esoknya keluar balik as faeces hoh [AYAT KUFUR]

Ala, asalkan bahagia :) Bahagia kan kan kan kan kan? (Kalau nak hidup, baik setuju)
Malam ini kita anggap segregasi hierarki birokrasi autokratik diktator oligarki Ayam - Kobis tidak wujud ye sebab malam ini berjaya menjadi saksi kepada permuafakatan antara Ayam dan seperatus Kobis, aww so sweet :')

Belum Azan Maghrib lagi dah ada Adegan Drop Water Face, haaaaaaaaaa ni semua angkara pihak pengurusan yang suka hati bagi kitorang makan kat meja bulat hah, apa kes, kita semua Melayu kot, si Chan-chan pun tak datang [AYAT RACIST] so bagi je la kitorang makan kat meja quadrilateral hoh! Kan dah terpaksa memalukan diri dengan teknik menyambung dua meja bulat tanpa mengira terlebih dahulu circumference & area of sector. Malas la, siang tadi baru habis stress kertas Admet.

Lain-lain Adegan Drop Water Face sepanjang malam tentunya terlalu melimpah ruah, dan merangkumi babak-babak klise biasa la seperti, bising tahap perang dunia ketiga buat macam kedai bapak sendiri, penyundalan di hadapan phone kamera tak sampai 3 megapixel, penimbulan persoalan "Bila la budak2 ni nak balik, kata la diorang nak sahur sekali kat sini, hoi entah2 raya pun kat sini jugak kot ..." di benak pekerja2 restoran tersebut, pelanggaran peraturan No Outside Food Allowed dengan adanya kek coklat buatan RAW, dan lain lain lagi dan lain lain lagi.
Tapi Klimaks Drop Water Face sudah tentu la di kaunter pembayaran sewaktu kita mengeluarkan harta karun kelas yang diletakkan dalam beg yang acah-acah briefcase. Berat gila. Nak tahu kenapa? Sebab penuh dengan duit syiling. Ha, melangut la dekat kaunter tu lama gila kira syiling bertingkat sampai berpuluh ringgit, semata-mata untuk setelkan bil. Cuba kalau RM300 tu semua pakai syiling? Gila kau, sampai 20 hari bulan Ramadan kita kat situ.
Tu pun dah kira klimaks yang cukup baik la. Lagi teruk kalau penyetelan bil kita terpaksa dilaksanakan dengan buku 555 atau pembasuhan pinggan beramai-ramai di dapur???

Hari ni nampaknya Bala/Tulah/Saka Aktif malas hendak menunjuk belang, sebab kusangkakan hujan di tengah makan rupanya panas hingga ke sendawa, alhamdulillah tak hujan. Mungkin sebab hiburan malam tersebut hanya tertakluk kepada lagu raya dipasang di telefon bimbit masing-masing dan tiada yang gatal nak karaoke free (EHEM). Pihak restoran membuat keputusan yang bijak untuk meletakkan kami di luar restoran. Kalau letak kat dalam, ada kemungkinan besar untuk dihalau/saman/blacklist! Atau mungkin restoran diorang terpaksa ditutup sebab walaupun takde hujan takde ribut tapi tetiba ada manusia kat dalam kena panah petir. Harap-harap la takde orang yang tahu kitorang daripada KD10 sebab sepanjang malam tersebut takde langsung konsep Hidup Beradab dipamerkan.

HAHAHA Cuba teka siapa antara ayam-ayam sekalian yang terpilih untuk mengetuai bacaan Allahumma Laka Sumna??? CUBA TEKA CUBA TEKA.
Tak disangka-sangka, rupanya bapak segala ayam, si Pilot kita tak lah sejahil atau semunafik atau sefasik atau seAsi mana :)

Setengah jam selepas azan Maghrib nasi lauk dah sejuk beku baru la kita dapat menjamu selera dek menanti ketibaan VVVVVVIP kesayangan ----- RAW. HAHAHA. Semua berebut tarik rambut nakkan secubit nasi daripada pinggan berdaulat Miss On, dapat sebutir pun jadilah, mana lah tahu dapat kuatkan jodoh. Tapi bila RAW offer nak kongsi ABC dia, semua buat-buat tak dengar. Cikai perangai derhaka fail BI! Lauk paling best mestilah Lemon Chicken, haha rasa macam cannibal kejam gila makan spesies sendiri ;)

Cubaan ke892375295 RAW untuk membuat lawak kali ni mungkin menjadi apabila beliau membawa sebuah video kamera bersamanya dan menyerahkannya kepada geng Pearl untuk merakamkan perjalanan majlis ........... . Lawak tragis. Kesian Nabeel. Siapa tahu, mungkin dia sedang menahan sebak di dada dan air mata? Semua menolak untuk pegang video kamera tu sebab takut kena badi HAHAHAHA.

blablalballbalblablalbalblalballbalblal borak gelak sundal bosan menguap bising mengumpat gosip buat admet makan gelak gelak gelak gelak sundal .......... dua jam selepas buka puasa baru lah majlis menutup separa tirai, semua beransur pulang ke destinasi pilihan hati masing-masing. Majlis terbelah dua ...

GIZA KE MEKDI KE GIZA KE MEKDI KE GIZA KE MEKDI KE ASJHIASH

nasib baik tak bukak Parlimen kat situ.

"Giza mana ada pape ada kipas besar je!? Mekdi jom!"

Haish maaflah geng haluan kiri yang memilih untuk ke Giza, bagi kami (geng Mekdi), Mekdi akan sentiasa menjadi pilihan hati, persinggahan terakhir, rumah kedua. Walaupun terpaksa ber-tin sardin cap AYAM dalam perjalanan ke sana, tak mengapa, dapat naik kereta cikgu lawa. Walaupun rasa Sundae Lime hijau tu rupa macam muntah hijau, rasa macam pencuci tandas, tak mengapa, habis juga. Walaupun Botol Kucing penulis menjadi subjek kontroversi apabila ada anak C*na (racist) menangis lagi sikit nak runtuhkan Mekdi kerana mengesyaki kami sebagai pencuri botolnya. Hekeleh kau ingat kau sorang je ke ada botol tu?

ZOOM IN BOTOL BADI


blablablablalbalalla borak gelak sundal bosan menguap bising mengumpat gosip BUAT ADMET makan gelak gelak gelak gelak sundal lagi di Mekdi. Curik cawan ---> basuh ---> refill ; projek wajib.

(dah malas nak mengarang)

Tuntasnya, hish party macam dah habis SPM padahal baru habis Pra-Trial belum lagi Trial, eh belum lagi habis sebenarnya hari Isnin ada kertas Sivik + PJK -.-

Begitulah sehari dalam hidup kita di bulan Ramadan, mudah-mudahan diberkati Allah.

Esok rasa macam tak sekolah doh sebab biasanya kan lepas peksa terus cuti haih.

PREVIU ADEGAN2 "LUCAH!"

Saka Kamera




Bulat + Bulat = Lapan nombor ong!


Hina

Saturday, August 14, 2010

epilog,

epilog raya dan puasa.

EDISI PUASA
  • kalau bangun sahur mesti liat nak mampus.kalau berbuka tu.fuhhhhhhhhhhhh!! laju aje dah ada kat depan makanan kan?
  • kalau lepas berbuka pulak,mesti malas nak kemas pinggan etc etc cawan semua basuh ke kat sink sebab perut dah terkenyang sebab gelojoh macam orang tak pernah makan setahun.teruxx betul orang orang marcapada kini. [ke aku?]
  • oh lebih teruk lagi ,[contoh aku] dah makan berbuka terus tidor sampai pukul 12 malam dan tahu je la maksudnya,terawih pun lesap -_-
  • pergi bazar macam orang tak hingat dunia.nampak air kaler kaler semua nak beli padahl duit dalam poket/wallet seciput hanya untuk satu je. -.- same goes tu makanan jugak har har har nampak kuih ni tu ni u semua nak.walhal bila sampai rumah semua tak termakan sebab dan buncit minum air sampai terkojol sampai tak boleh masuk perut dah walaupun minum eno bagai nak rak.
  • KUIH raya edisi ramadhan semua dah keluar dah.siap berkatelog berpin kuih raya,kononnya sample nak bagi orang tengok.tayang waktu waktu puasa pulak tu.nampak sangat tak sedap tapi cantik je -.-'
  • perasan tak baru ramadhan 2 3 4 hari,iklan hari raya kat tivi tivi redio estro dvd vcd semua dah keluar.pantas betul orang kita buat duit cari duit .-.-'
  • IKLAN semua tulis sale padahal harga sama ataupun ada yang buat tamak harga sama tapi dia doublekan harga tersebut dan tulis ada potongan 50%.tak ke kita kena tipu bulat bulat dasawarsa kini?
  • PERHATIKAN mercun dah dum dam dumdam sini sana walaupun plis dah tak kasi main mercun.pedui hapa.mercun best!!! aailikee :) hehehe
  • Tengok kereta kereta bedoza bedoza motor motor dekat masjid masjid berdekatan penuh gila sampai nak carik parking pun susssaaahsaxx ,cuba tengok bila dah 2 3 minggu nanti.boleh bilang pakai jari tangan kanan je mungkin -.-
  • ada yang malas sangat nak bersahur,siap sahur pukul 12 tengahmalam lagi .cayalah
  • kalau yang perempuan pulak boleh skip puasa sebab keuzuran?lelaki?ada yang uzur ke?nauzubllah hehehe :D
  • bulan puasa ni baru la orang orang besar nak tayang muka derma sini sana kat anak yatim ke apa ke?bukannya tak elok. tapi kenapa baru kini??riak terang riak depan kamera mungkin haih -.-
  • bulan puasa barulah hotel hotel semua nak cari sijil halal.sebelum ni haram ke? buffet tawarkan harga cekik nak mati tapi nasib boleh tambah tambah [kalau tak malu] ailikeeee :D
  • PUASA meningkatkan pahala .

EDISI RAYA
  • raya belum lagi tiba,perabot semua dah tukar.ni bagi sapa sapa yang suka sangat berhutang la kan kan?nak nunjuk nunjuk la katakan? hehehe
  • Dasawarsa kini orang ramai beli baju raya last minet sebab ada sale hebat hbat kan?lagi lagi dekat jalan TAR dan uptown terdekat anda.kalau macam dekat gulatis ke jekil mesti harga tetap no kurang kurang -.-' koya bebeno
  • Beli baju raya untuk lelaki baju melayu,perempua kebaya kurung [yang biasanya] ,tapi sehari je pakai.hilang rm100[budget harga baju] macam tu .lepas tu campak lemari simpan buat pekasam.hari kedua ketiga dan seterusnya kembali semua fesen ala barat :D
  • ada juga yang ziarah kubur pada pagi syawal slepas solat hari raya aidiladha untuk yang telah pergi dahulu :') ALFATIHAH.
  • menu utama tiap pagi raya mesti ada rendang,pulut kuning,dodol,lemang,wajik, mee,lontong nasi himpit dan air sirap sejuk ber ais. serta teh untuk minum pagi. bestnyaa :D
  • kebanyakannya,orang nogori panggil mantai .*mantai = kacau dodol buat lemang.* pada sehari seblum hari raya :D
  • hari pertama naik kereta pergi satu negeri dan negeri terdekat untuk menziarahi kaum saudara terdekat.
  • BUDAK BUDAK pun jalankan misi diorang celuk duit raya dekat rumah rumah orang lain.tapi kebanyakkan rumah cakap , "sorii takde orang laah " akibat sebagai nak elak dari bagi duit raya kihkihkih :D
  • mesti ada lawan lawan mercun dengan jiran sebelah kan kan kan??:D bestnyaa
  • kalau raya mesti kampung penuh dengan kereta.satu family 2 3 4 buah kereta?bayangkan family saya ada 26 buah keluarga? tu belum kira semua balik raya lagi tu?
  • ADEGAN wajib tonton setiap tahun salam sambil menangis pegang ampau ayahibu kasi mesti ada . :') indahnya.
  • puasa 6 jangan lupa ? hikhikhik:D

Wednesday, August 11, 2010

selamat Meyambut Harapan Ramadhan

asam pedas pucuk pegaga,
budu di hidang untuk dicicah,
sepuluh jari disusun bersama,
ampunkan segala tutur & tingkah

bertawa sedih beriang canda,
memakai haruman senantiasa,
pahala ibadat belripat ganda,
bulan mulia hari bahagia

Monday, August 9, 2010

before Camni Bai . . .

. . . there was So Hai

yang nasib baik takde cikgu faham maksud dia dalam bahasa Cantonese
>>> {CLICK}
:')



Sunday, August 8, 2010

kalau dah esah tu memang esah




Tak pernah ter fikir ke kemungkinan kalau batang hidung aku tak nampak kat sekolah tu mungkin sebab aku terlantar sakit? Koma? Atau pun dah inalillah dah pun?

Kenapa takde orang ter fikir?

Kenapa semua nak fikir -Esah budak jahat tak berdisiplin suka bangun lambat datang lambat tido dalam kelas tak pun ponteng terus je?
Stigma masyarakat tul, haktuih.

Tak pernah ke rasa ketidakhadiran aku tu diulit misteri?
Tak pernah ke terasa nak korban syiling turun bawah call aku pakai public phone tanya khabar?

Mana la tahu tetiba esok pagi kat perhimpunan ada pengumuman Kita telah kehilangan seorang rakan bla bla bla

Ajal menanti di mana-mana untuk siapa-siapa pada bila-bila masa :)

OK SAIKO haha fine fine fine tahu la aku selalu ponteng sekolah lalalala tapi hari ni memang aku sakit la ngehehehe.

Tuesday, August 3, 2010

our life as a 5 activerians-boys 2 be exact.. :D

ola!!
wah, nie pest time den wat blog2 gini.. cewah2.. i dh mju u.. haha..

just nk share vid nie ngn kalian semua.. nie ar kje bdak2 teruna kte waktu dlm klas.. haha.. enjoy!! :)

(sorry ar kalau x dgr sgt... so,korg kne ar tjmkn sme deria korg.. lalala.. )



Monday, August 2, 2010

said the chicken to the cabbage

Dedicated to S.A. hihihi

Cikgu: S.A. tolong baca petikan etc
Hazemkeji: Tutup kipas weh nanti tak dengar suara dia!

-______-


Saturday, July 24, 2010

koko karma


Last Hari Koko KD10 ever la korang :')
Kali pertama & TERAKHIR bukak bisnes bersama pada Hari Koko KD10 la korang :')

Bercita-cita tinggi nak buat Rumah Hantu klise klise dah 3 4 kelas berebut nak buat. Berangan dengan idea-idea merepek macam Rumah Urut / Spa Ikan (?!?!?!!) Kecoh kencang dengan idea konon unik macam Magic Show adjsdhajdhajs Hadzrin Potter? HAHAHA.

Akhirunkalam tersekat dengan hasil klise klise klise jugak, buat GAMES je pfffffft. tapi konon nak unik jugak, bukan unik tapi tamak, tambah2 ah modification macam Bundle Sale + Cookies + Eskrem Malaysia ... = penat gila.

Peeeeeeergh perjuangan yang
meletihkan mengantukkan memeningkan mengAnNoYiNgKan menselsemakan menyakittekakkan menyakitkan mendemamkan meminyakcapkapak-kan menTesco-kan menKaraokeDalamBasMetro-kan menTroli-kan mendesperate-kan meRefillAirMekdi-kan menyetankan melucahanakayam-kan mencabbage-kan memprasad-kan menghabiskanduitkelas-kan menKedaiDuaRinggit-kan men99speedmart-kan mendakibukit-kan meEskremMesia-kan meBandungSoda-kan meAirSelangor-kan meOrenFizzy-kan memBundle-kan mendengkikan (ARIF ARIF HAHA) men4Bakti3Ali-kan menghisteriakan mentensenkan membosankan MEMBALIKMODALUNTUNG100%KAN mensialkan MENYERONOKKAN MEMBAHAGIAKAN


"Beli ni, letak kat kepala kau setiap kali kau dalam kelas zzz nanti cikgu takpayah marah, dia tekan je button ni" - Hazem -.-

Letih weh sampai malam sebelum tu nak bajet tido awal padahal time tu dah pukul 1 pagi eh kira awal la tu sebab takut pagi esok terlajak tido macam biasa atau tertido time tengah main game hahaha syukur Alhamdulillah pagi tu bangun awal tak tekan snooze button pun nak tahu kenapa??? Sebab aku tido lucah anak ayam tak lena pun! Nak tahu kenapa??? Sebab .. korang pernah tak dapat mimpi yang berulang-ulang yang tak geti nak main jauh-jauh tukar ganti dengan mimpi lain. Repeat repeat macam CD rosak sangat aNnOyiNg okay. Nak tahu aku mimpi apa??? I dreamt of the future --- mimpi Hari Koko yang esok hari belum jadi lagi. Mimpi situasi House of Bayo yang belum bukak lagi, wtf, annoying annoying

OK takpayah la nak bukak cerita annoying kelam kabut pepagi buta dah kene angkat barang banyak gila macam nak pindah masuk hostel sekolah kalau sekolah tu ada hostel.

Kita terus skip ke acara yang menyerikan pagi --- hai Abang Helmi hihi :)
Trainer wahlaweyyy dari Bukit Jalil pasal Gaya Hidup Sihat.
Kalau dah gabungan gene Cikgu Azlan + Cikgu Syazli tak ke equals to = makhluk tuhan paling ___ tu? NGAHAHAHAHAHHA EXAGGERATE EXAGGERATE Papehal pun bye Cikgu Azlan, bye Cikgu Syazli ngehehe. Tapi seriously kalau cakap dia kembar Cikgu Syazli pun orang percaya doh.

Pagi diserikan lagi dengan Senamrobik Supernova Waka Waka!
Woooooooooohoooooooooo proud of korang :'D

Pembukaan House of Bayo. Pagi dah tak seri lagi. Ngeh.

Mengada-ngada sangat pakai taktik kotor nak rebut dapat classroom sebagai tapak, haaaaaaa ambek kau dapat kelas kontena terceruk kat pagar depan takde sape datang tu. First display of karma sebab hasad dengki sangat dengan kelas Ak_un.
Lepas dah tetiba dapat tukar dengan classroom yang lebih strategic yakni 3 Ali sebelah tandas pempuan / depan kolam ikan, mengada-ngada lagi nak tukar balik pegi 4 Bakti kelas kontena sebab konon tu sebelah Rumah Hantu so dapat lah tumpang populariti.
Haaaaaa amek kau Rumah Hantu bukak tak sampai 10 minit dah kena shut down sebab ada budak histeria wtf? Maka lagi senyap sunyi daripada hutanlah kawansan kelas kontena tu. Second display of karma. Welllllllll played la karma, dah la kelas Ak_un dapat kelas kandang kuda best gila publisiti, & games diorang lagi gempak pulak tu daripada kita, untung mesti lagi banyak, hmmphh ok insaf tak mau dengki lagi dah, tak mau ada perbandingan Bayo - Akaun lagi dah :| Lenkali kalau jumpa kat Tesco lagi kita shopping sesama eh? NGEEHHE

Tak cukup dengan tu, Bundle dituduh menjadi dalang dalam peristiwa histeria tersebut. Sebab jual poster artis tu aku boleh faham lagi. Tapi sebab "baju-baju lama" wtf??!! ok diam the keyword is redha. Syukur tak kena shut down macam Rumah Hantu ngeh.
Ala tak kisah la Bundle tak laku sebab Bundle tak keluar modal pun, i don't know about the others yang mintak sampai 60 70% untung tu tapi bagi aku, usaha Bundle sekadar berlandaskan Sharing is Caring & seronok semata-mata. Penat lelah untung rugi lain cerita.
Orang KD10 mungkin belum pandai menghargai Bundle lagi. Takpe, like i said, it's a start, & aku puas hati :)


Ala laku jugak games gempak lucah anak ayam semua sebab budak kecik semua loser sanggup bayar singgit untuk main game yang takkan menang sampai air soya hadiah utama pun tak habis hahahaha. Paling congrats sekali kat game Tangkap Ikan dalam Pool la :')
Game lain semua jahat monopoli monarki sistem penjajahan barat gila.


Eskrem Mesia haaaaaaaaaaaaaaa ......... Penat buat air sampai lewat malam - belajar cara ikat plastik dengan betul - silap beli susu sejat - hijrah mendaki bukit beli ais kejadah anak ayam semua haaaaaa ... and the damn ice-cream won't even behave, tak paham bahasa orang suh beku jadi molten, nak jugak jadi liquid, cair macam air! Ada jugak orang beli tapi last2 banyak yang kena lelong + buang dalam longkang je sedih :'(

Bila orang desperate buat bisnes haahaaaaaa dah la buat promosi gegila gempak sampai tampal flyers kat tuition centre yang takde kene mengene dengan hidup atau mati langsung, buat announcement kat perhimpunan pagi, sebar melalui perantaraan dajal (fesbuk blogger) taaaaaapi? Tetap lucah anak ayam jugak. Nasib baik ada SUNO save the day, another act of desperado, buat performance dalam House of Bayo tu as a crowd puller. Kenapa korang tak letak topi jason mraz lepas habis performance bagi orang sedekah syiling ...

Haaaaaaaa bisnes lucah anak ayam B A R A I cengini pun dah boleh balik modal ++++ keuntungan 110% haaaaa! Maknanya kalau kita perbaiki ejas sana sini sikit, kalau lokasi strategik, kalau tak de unsur dengki diikuti dendam karma, kalau eskrem malaysia keras tak cair, kalau rumah hantu takde histeria, kalau ikan tak mati, maka mungkin kita dah boleh jadi jutawan KD10 dah sekarang wahlaweiiii!


ok dah penat bye. cengkerik cengkerik. <-- Sebab dalam kelas kontena 4 Bakti yang kita dah jahanam anak ayam-kan tu ada banyak cengkerik penyet! Nasi Cengkerik Penyet woohooOooo!

Penat siot hidup dalam 'family' kononnya tapi takde kasih sayang / kerjasama macam wonderpets langsung. masing-masing dengan keras besar kepala sendiri. mentang-mentang kelas depan, semua bajet hebat, dah pandai sangat.
Celaan ni ditujukan untuk semua termasuk aku
Haih papehal pun walaupun dulu aku kadang kala - tapi tak selalu - merungut kesal sebab pilih Bayo instead of Akaun .............
tapi tu dulu. Hari ini, hari ini Hari Koko, hari ini meski se-sial mana pun, tak de pun membangkitkan rasa nak merungut macam tu :) & at the end of the day, kesyukuran sebab pilih Bayo akan selalu mengatasi kekesalan sebab tak pilih Akaun.

I love yoll to pieces, lucah anak ayam cabbage ♥