Showing posts with label jerin. Show all posts
Showing posts with label jerin. Show all posts

Thursday, April 15, 2010

kata kata hikmat untuk renungan kita,:)

"1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

Cool Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia
itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang
setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah
ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang
bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya
Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan
(Terhadap Dosa);

Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding
Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan,

itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia
dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi
kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan,

Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg
telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg
diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman
dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu"


50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan
orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya
kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi
kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa
yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang
tertinggi."


56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula
ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa
melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa
jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

-hadzrinaqmal

Friday, April 2, 2010

BISAKAH KITA MENJADI NORMAL

PENUNUMAN PENUNUMANN [MANJA],ESOK ADA UNIT UNIFORM OK.SO SIAPA SIAPA PELAJAR SMKS10 DIMINTA HADIR BAGI MEMENUHKAN ACARA .

SO TODAY ARGHH ARGHH ACAH ACAH SEMUA TAKUT TIME EST TUP TUP TIADA APA APA PUN.KITA MULA DENGAN BIO..BIO?APA TU?KENAPA MENGAPA APAKAH KERANAKAH MENGAPAKAH DIMANA APAPAPAKAH KITA TAK BUAT EXPERIMENTT.PENULIS PUNYA SEMANGAT YANG WAJA UNTUK MEMBUAT EXPERIMENT BEDAH IKAN BUKAN KATAK,TAPI HAMPA SERIBU KALI BERBILION HAMPA SEBAB TAK DAPAT NAK MAIN DENGAN IKAN KUANG KUANG..MINGGU DEPAN KALAU TAKDE LAGI SIAPP. TIME EST BUAT PERSENTESEN,SO PRASD YANG PALNG BAGUS.KEEP IT UP PRASADEN..INGATKAN HAZEEM [?] MALANGNYA DIA HANYA SEORANG YANG KAYU DI DEPAN [CAKAP ORANG JE AKU NI ] HAR HAR HAR.BALIK KE BM,HUGA HUGA CIKGU TERSENYUM LEBAR HARI NI DEK KERANA KAMI SEMUA BERPLASTIK WAKTU NAZIR PADA BM .[APA AKU CAKAP NI?] TAHNIAH CIKGU.TRIMAS CIKGU ATAS PNGHARGAAN.ADUHAIIII BANYAKNYA HOMWOKKK SUKA AKUUUU [PLASTIK LAGI].LEPAS TU BI PN.RAW SURUH BUAT ESAI HANTAR SENIN WTF [?!!] BM LAGI MATH ADMET ATAU AHAMAHASMSGDG,KDASANKAHGD -.- HUHUHU KIMIA MACAM BIASA ADA EXPERIMENT.WUHUU MENJADI JUGAKK EXPERIMENT HARI NI..CANGGIH LAH TANGAN BERTUAH PENULIS.KUMPULAN YANG LAIN TAK TAU SEBAB TAK JAGA TEPI KAIN ORANG PUNNN HOHOOH.

HUGAAAAAAAA HUGAA SEBENARNYA PENULIS BEGITU RINGAN TANGAN TULANG BELULANG SANGAT NAK KONGSI BAHAN BAHAN ILMIAH UNTUK KITA MENGULANGKAJI BERSAMA SAMA.TAPI TETIBA PULAK AURAA YANG TAK SEBERAPA NAK AURA,DATANG MENJENGAH KEPALA PENULIS UNTUK MENYURUHNYA PENULIS MENJADI MALAS.SO KITA SAMBUNG NANTI.OK JOM SAMBUNG,PENULIS SEBANARNYA LAGI RAJIN UNTUK MEREPEK ATAU ERTI KATA LAIN BUAT BENDA YANG TAK BERPEKDAH ATAU KUTIP DOSA ATAU SEBAGAI BAGAINYA.CONTOH SITUASI>

BINA AYAT BEDASARKAN AYAT DIBAWAH:

LEMAH
mak mah merupak seorang lelaki yang lemah.fullstop

PANTAI
adeila suka sangat cakap 'pantai' dalam kelas.

MEROYAN
hazeem suka sangat meroyan dengan si selekeh.

HINA
orang itu terlalu hina. [?]

BAIK
hadzrinaqmal merupak seorang yang baik lagi bermurah hati.

HANDSOME
hdzrin aqmal handsome orangnya.

BUDI PEKERTI
sungguh daif budi perkerti amirul sham.

HIBERNATE
cepat gerakkan mause,sebelum esah tak kesah hibernate.

FARMVILLE
semua pelajar [bukan carrot kobis] suka main farmville

then,apa lagi?

**CEPAT LAH SPM SEBAB NAK HABISKAN KELAS TUTOO WKAKKAKA
SAMPAI DISINI SAJA REPEKAN BERSAMA JERIN,SEKIAN

Friday, March 26, 2010

sinopsis jumaat,26/3


NAZIR [gambar] tu apa?dalam kamu dewan versi kurun ke 12 tiada pun perkataan nazir.[?] -.-

garh garh garh .today jumaat [26/3/10] is very siok [syok] dengan jadual table yang agak agak kool dan pendek.maklumlah jumaat mesti la balik awal,so jadual dia pun sikit lah.sikitlah sangatt.bahaha.mula dengan bio,hari ni diorang cakap cikgu dina takde,so perangai perangai setan aktif berlaku,yang sesetengah yang cabbage carrot terung tu mungkin tak lah,diorang [yang setan] apa lagi buat onar sini sana sempat jugak tu kacau cikgu mintak online baca blog yang dangkal ni ok harap maklum-.-THEN est,macam biasa miss v kita masuk lambat wahhh syioknyerr :) then we're planning to do about the forecast wheather prediction yang sebenarnya penulis pun tak tau apa apa yang dimaksudkan.THEN kami booking makmal untuk menggunakan beliau kelak **beliau=makmal.
Masa BM pulak cikgu shikah bertanya kan soalan kepada pelajar pelajar dangkal 5aktif yang tak tau apa tentang erti kata kata songsang gay lesbian semua..opss terbuat fitnah kejap.haha.tak tak..ayat ayat songsang,ayat pasif macamana.semua jadi kayu patung tunggul sebab tak tau jawpaan yang sebenarnya.-.- then cikgu shikah jugak bagi jawapan.INIKAH AKTIF??mungkinn hohoho.


rehat semua menyundal nyundal.**menyundal=pergi kemana tak tentu arah**

Masa bi pula ticer RAR meminta kita untuk melakukan presentation masa isnin depan sebab nazir nak datang.NI yang aku muskil ni?kenapa kita perlu berbuat sedemikian tatkala nazir datang je?mungkin untuk menunjukkan sekolah kita bagus?atau menilai sejauh mana kecekapan cikgu cikgi menghandle kelas atau sebagainya.ok la tu.dan masa KIMIA kami luangkan dengan buat experiment yang agak syiok atau tidak syiok,iaitu oxidation dan reduction.best tapi berpeluh peluh menyelubungi badan dek kerana gogle dan mask serta glove yanggggg -.- menyampah nak cakap.ok then balik.

"jika kita ingin berjaya,lakukan strategi percaturan yang baik agar kita tidak mudah ditindas musuh"

penulis : jerin, hadzrinaqmal.blogspot.com