Wednesday, June 23, 2010

word of the week

Ek eh, bukan dah habis cuti / masuk sekolah ke? Apesal makin rancak online post blog dajal ni? Ngeh.

Dah tiga hari berjaya menjejakkan kaki ke sekolah, survive 6 jam kat kelas, pulang ke rumah dengan selamat, apa yang aku dapat?
(Malang sekali janji untuk hapuskan perangai keji buat salivary amylase dalam kelas hanya tinggal janji)

............................

Beg ringan woooooohoooooooo, tapi diberatkan dengan kertas peksa yang tebal gila tapi intipati mendukacitakan.

Undang-undang baru, dan seperti biasa, yang baru pasti b*d*h. Perubahan sux. Selamat tinggal tapak perhimpunan, atau kalau pada hari Selasa disebut sebagai quaudraraijdf amenda merepek tah tak geti sebut atau eja yang aku tahu start dengan huruf Q. Selamat kembali budaya budak sekolah rendah zaman jahiliah. Kita tengok berapa lama undang-undang baru "Tak payah beratur kat tapak perhimpunan sebab lembab nak tunggu korang masuk kelas, beratur je terus kat depan kelas, selagi guru belum masuk kelas selagi tu la kelas menjadi kawasan larangan blalaballa" ni boleh bertahan ye kawan2? Entah2 minggu depan diorang suruh kita beratur gaya 'keretapi' naik turun tangan pulak kot? ANGKAT JATUH ANGKAT JATUH ANGKAT JATUH! AI LAAIK!

Sedih la. Aku suka tau perhimpunan sebenarnya. Bila lagi nak kumpul ramai2 Budak Bayo + Akaun muafakat membawa berkat? Bila lagi nak mencapap duduk depan sekali padahal tak sedar diri bukan ketua tingkatan? Bila lagi nak kutuk pengawas & cikgu speaking BI masa English Day? Oh speaking of, selamat tinggal persembahan English Day :'( Bila lagi nak ushar budak kelas lain yang diminati? Bila lagi bila lagi bila lagi? Jom buat Gerakan Kembalikan Perhimpunan la!?

Ok watdehelling shadap Esah, kita kembali ke topik asal.

Hari ni best gila lepas rehat cikgu semua tak berwibawa tak masuk kelas langsung maka kita pun beraksi seperti bebudak dah habis SPM, sambil mencarut dalam Buku Biodata Esah weeeeeeeee.

BACK TO THE TOPIK ASAL.

Semenjak dua menjak tiga menjak tiga hari masuk sekolah ni, aku rasa dah 378 kali kalimah ni dimuntahkan oleh lidah mulut gigi besi aku jeng jeng jeng kalimah apakah itu?
Sori la, bukan kalimah suci, malahan mungkin boleh menjadi caci maki.

Pada mulanya memang fikir macam tu. Perkataan ni hanya layak digunakan dalam cerita Bohsia V3 dan sewaktu dengannya je. Tapi belum sampai tahap perkataan carut marut yang kalau sesetengah mak bapak datuk nenek dengar, ada risiko boleh kena halau daripada rumah ah. Tapi probability Malaikat Atid catat dosa bila kita sebut perkataan ni, ada ah jugak.

Terima kasih ah sekalian keputusan peperiksaan yang mendorong kepada perluasan penggunaan perkataan ni .... BARAI. BARAI SEBARAI-BARAINYA!

BARAI! BARAI! BARAI! BARAI! BARAI! BARAI! BARAI!

lincah bin aktif betul perkataan tu BARAI BARAI BARAI annoying sial, aku pun dah annoyed dengan lidah & suara aku yang dok sebut Ba Alif Ro Alif Ya tu ngeh. BARAI!

Obses bertukar taksub tahap dewa, sampai sanggup mendaki tingkat dua like omg penat gila untuk ke Pusat Sumber Hamka untuk menelaah Kamus Dewan untuk mencarik erti sebenar perkataan BARAI ni. Adakah benar tanggapan kita bahawa sesungguhnya perkataan Barai tu membawa maksud 'barang rosak' / 'akhlak rosak' / 'perangai sakai' DAN SEWAKTU DENGANNYA, pendek kata, barai tu membawa maksud rosak la. BARAI = ROSAK.

Kamus Dewan searching .........................

barai 1 : sejenis siput air

WTF?!??!?W!!@Q?@!?@?>!?<@:!?#!!!?!!?!?!? ok takpe, ada lagi ...
barai 2 : jatuh bertebaran


.............................................

K cool lepas ni boleh ah berlagak dengan kosa kata bervariasi. "Siput air tul ah dia tu!" = "barai tul ah dia tu!" ATAU "Jatuh bertebaran ah kau!" = "Barai ah kau!" ngehehe

barai tul barai ni bai. gudbai. konklusinya, karangan contoh buat aku rasa sangat telanjang macam cuba kau bayangkan orang baca diari kau di khalayak ramai, siap buat sesi kritikan lagi tu? omg usher.

barai. konklusinya, jangan bersedih, because Swiss Roll Koperasi & Volibol can make you happy. BARAI SIPUT AIR JATUH BERTEBARAN !


No comments:

Post a Comment