Saturday, August 21, 2010

karangan Jom Cari Makan!

.......lepas azan Maghrib ok ayam-ayam sekalian, bukan sebelum azan Zohor.

Perancangan Pergaduhan tentang nak makan kat mana, bila, berapa bajet, nak pakai baju apa, sembahyang kat mana, jemput cikgu apa, blalbalblablalblalballablalal akhirnya bermula dengan kebuluran, berakhir dengan kekenyangan tahap dewa tak boleh tido sampai sahur. Dan kebahagiaan, keseronokan, kenangan manis sampai bebila :) [AYAT KLISE]

Bak kata Miss V yang mendakwa telah diajak-ajak ayam oleh ayam-ayam sekalian - haish bukan diajak-ajak ayam la Miss V, tapi diajak ayam HAHAHA ok tak lawak - keluar "meraikan kekalahan". Dah la hina, rakus buas sangat nafsu ayam, cek cikai pun belum ada lagi dalam tangan, tapi dah pegi joli dulu, bak kata pepatah Besar pasak daripada tiangnya, tapi dalam kes ni, pasak besar gila, tiang takde langsung, cikai. Cuba kalau tetiba kemenangan - DAH LA TEMPAT KEDUA JE - kita dibatalkan, ke duit dikurangkan jadi RM50 je ke, ha celah mana nak carik ganti rugi RM311.10 yang dah masuk perut tu? Nak pegi Jom Cari Makan tu muntahkan balik semua kejadah Tomyam Campur tu?

YE anda belum lagi rabun atau tersalah baca, kami telah menghabiskan wang dua kali ganda lebih banyak daripada jumlah wang kemenangan, memang rakus. Semua hasil penat lelah banting tulang buat House of Bayo lesap macam tu je masuk perut lepas tu esoknya keluar balik as faeces hoh [AYAT KUFUR]

Ala, asalkan bahagia :) Bahagia kan kan kan kan kan? (Kalau nak hidup, baik setuju)
Malam ini kita anggap segregasi hierarki birokrasi autokratik diktator oligarki Ayam - Kobis tidak wujud ye sebab malam ini berjaya menjadi saksi kepada permuafakatan antara Ayam dan seperatus Kobis, aww so sweet :')

Belum Azan Maghrib lagi dah ada Adegan Drop Water Face, haaaaaaaaaa ni semua angkara pihak pengurusan yang suka hati bagi kitorang makan kat meja bulat hah, apa kes, kita semua Melayu kot, si Chan-chan pun tak datang [AYAT RACIST] so bagi je la kitorang makan kat meja quadrilateral hoh! Kan dah terpaksa memalukan diri dengan teknik menyambung dua meja bulat tanpa mengira terlebih dahulu circumference & area of sector. Malas la, siang tadi baru habis stress kertas Admet.

Lain-lain Adegan Drop Water Face sepanjang malam tentunya terlalu melimpah ruah, dan merangkumi babak-babak klise biasa la seperti, bising tahap perang dunia ketiga buat macam kedai bapak sendiri, penyundalan di hadapan phone kamera tak sampai 3 megapixel, penimbulan persoalan "Bila la budak2 ni nak balik, kata la diorang nak sahur sekali kat sini, hoi entah2 raya pun kat sini jugak kot ..." di benak pekerja2 restoran tersebut, pelanggaran peraturan No Outside Food Allowed dengan adanya kek coklat buatan RAW, dan lain lain lagi dan lain lain lagi.
Tapi Klimaks Drop Water Face sudah tentu la di kaunter pembayaran sewaktu kita mengeluarkan harta karun kelas yang diletakkan dalam beg yang acah-acah briefcase. Berat gila. Nak tahu kenapa? Sebab penuh dengan duit syiling. Ha, melangut la dekat kaunter tu lama gila kira syiling bertingkat sampai berpuluh ringgit, semata-mata untuk setelkan bil. Cuba kalau RM300 tu semua pakai syiling? Gila kau, sampai 20 hari bulan Ramadan kita kat situ.
Tu pun dah kira klimaks yang cukup baik la. Lagi teruk kalau penyetelan bil kita terpaksa dilaksanakan dengan buku 555 atau pembasuhan pinggan beramai-ramai di dapur???

Hari ni nampaknya Bala/Tulah/Saka Aktif malas hendak menunjuk belang, sebab kusangkakan hujan di tengah makan rupanya panas hingga ke sendawa, alhamdulillah tak hujan. Mungkin sebab hiburan malam tersebut hanya tertakluk kepada lagu raya dipasang di telefon bimbit masing-masing dan tiada yang gatal nak karaoke free (EHEM). Pihak restoran membuat keputusan yang bijak untuk meletakkan kami di luar restoran. Kalau letak kat dalam, ada kemungkinan besar untuk dihalau/saman/blacklist! Atau mungkin restoran diorang terpaksa ditutup sebab walaupun takde hujan takde ribut tapi tetiba ada manusia kat dalam kena panah petir. Harap-harap la takde orang yang tahu kitorang daripada KD10 sebab sepanjang malam tersebut takde langsung konsep Hidup Beradab dipamerkan.

HAHAHA Cuba teka siapa antara ayam-ayam sekalian yang terpilih untuk mengetuai bacaan Allahumma Laka Sumna??? CUBA TEKA CUBA TEKA.
Tak disangka-sangka, rupanya bapak segala ayam, si Pilot kita tak lah sejahil atau semunafik atau sefasik atau seAsi mana :)

Setengah jam selepas azan Maghrib nasi lauk dah sejuk beku baru la kita dapat menjamu selera dek menanti ketibaan VVVVVVIP kesayangan ----- RAW. HAHAHA. Semua berebut tarik rambut nakkan secubit nasi daripada pinggan berdaulat Miss On, dapat sebutir pun jadilah, mana lah tahu dapat kuatkan jodoh. Tapi bila RAW offer nak kongsi ABC dia, semua buat-buat tak dengar. Cikai perangai derhaka fail BI! Lauk paling best mestilah Lemon Chicken, haha rasa macam cannibal kejam gila makan spesies sendiri ;)

Cubaan ke892375295 RAW untuk membuat lawak kali ni mungkin menjadi apabila beliau membawa sebuah video kamera bersamanya dan menyerahkannya kepada geng Pearl untuk merakamkan perjalanan majlis ........... . Lawak tragis. Kesian Nabeel. Siapa tahu, mungkin dia sedang menahan sebak di dada dan air mata? Semua menolak untuk pegang video kamera tu sebab takut kena badi HAHAHAHA.

blablalballbalblablalbalblalballbalblal borak gelak sundal bosan menguap bising mengumpat gosip buat admet makan gelak gelak gelak gelak sundal .......... dua jam selepas buka puasa baru lah majlis menutup separa tirai, semua beransur pulang ke destinasi pilihan hati masing-masing. Majlis terbelah dua ...

GIZA KE MEKDI KE GIZA KE MEKDI KE GIZA KE MEKDI KE ASJHIASH

nasib baik tak bukak Parlimen kat situ.

"Giza mana ada pape ada kipas besar je!? Mekdi jom!"

Haish maaflah geng haluan kiri yang memilih untuk ke Giza, bagi kami (geng Mekdi), Mekdi akan sentiasa menjadi pilihan hati, persinggahan terakhir, rumah kedua. Walaupun terpaksa ber-tin sardin cap AYAM dalam perjalanan ke sana, tak mengapa, dapat naik kereta cikgu lawa. Walaupun rasa Sundae Lime hijau tu rupa macam muntah hijau, rasa macam pencuci tandas, tak mengapa, habis juga. Walaupun Botol Kucing penulis menjadi subjek kontroversi apabila ada anak C*na (racist) menangis lagi sikit nak runtuhkan Mekdi kerana mengesyaki kami sebagai pencuri botolnya. Hekeleh kau ingat kau sorang je ke ada botol tu?

ZOOM IN BOTOL BADI


blablablablalbalalla borak gelak sundal bosan menguap bising mengumpat gosip BUAT ADMET makan gelak gelak gelak gelak sundal lagi di Mekdi. Curik cawan ---> basuh ---> refill ; projek wajib.

(dah malas nak mengarang)

Tuntasnya, hish party macam dah habis SPM padahal baru habis Pra-Trial belum lagi Trial, eh belum lagi habis sebenarnya hari Isnin ada kertas Sivik + PJK -.-

Begitulah sehari dalam hidup kita di bulan Ramadan, mudah-mudahan diberkati Allah.

Esok rasa macam tak sekolah doh sebab biasanya kan lepas peksa terus cuti haih.

PREVIU ADEGAN2 "LUCAH!"

Saka Kamera




Bulat + Bulat = Lapan nombor ong!


Hina

2 comments: