Thursday, August 26, 2010

smkA kd10


Kalau takde unsur SatuMalaysia-kononnya kat sekolah kita tu, mungkin sekolah kita dah boleh diiktiraf sebagai Sekolah Agama? Maahad tu belum sampai tahap lagi la.

Kita hanya pandai mengeluh. Mengutuk di belakang. Mencaci maki. Meludah benci. Memperlekeh. Memerli. Menyindir. Menghina. Memperkecil. Ketawa di belakang.
Keluhan, kutukan, caci makian, ludah benci, perlekehan(????), perlian, sindiran, hinaan, ....., gelak tawa tu yang akan menjadi tiket kita ke neraka kelak, seronok kan? kan? kan?

"Biar hancur neraka tu!" - Ceghumiat ♥

Peristiwa hari ni membawa aku kembali ke dua tahun lepas. Sepantas speed of light masa berlalu daripada PMR ke SPM.

Rabu, Oktober 08, 2008

Asap atas Air - Ungu Dalam

Comment Tuan Pengetua tentang respon / sambutan dingin pelajar terhadap Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin PMR SPM STPM :

" Saya tak paham kenapa! Apa nak jadi ?! Dah tak percaya kat Tuhan dah? Awak mengeluh nak hadir sama lah dengan awak dah taak heran dengan kuasa Yang Maha Esa "

Kalau dua tahun lepas, Cikgu merayu dan kemudiannya mengamuk mengenai Solat Hajat, hari ni lebih kurang sama.

Kem Remaja apa tah yang aku tahu dia lebih kurang macam Kem Ibadah / Kem Solat, sempena Ramadan, satu hari duduk kat masjid kuning dengar ceramah curah air ke daun keladi basah telinga kiri kering telinga kanan, bayar RM5 untuk buka puasa makan tak sedap air sirap.

Pun tak berminat?

Mana la pengetua kita tak memujuk rayu lalu mengamuk. Aku pulak yang rasa simpati untuk dia, malu bergelar rakan sepelajar engkorang.

KD10 hidup beradab? Indah khabar daripada rupa. KD10 sekolah agama? Bagai menanti bulan jatuh ke riba.

Bak kata Ustaz Jerin, Selamat Menghayati Nuzul Quran & Mencari Lailatul Qadar :)

No comments:

Post a Comment