Saturday, April 3, 2010

Karangan Epik

Bebudak 5 aktif.... tau-tau je lah suka buat benda merepek2. Kekadang klu dah boring atau stress sgt macam2 blh berlaku. Waktu ujian bulan March tu lps ujian BM kitorang buat karangan.... tapi karangan merepek, epik, tah pape tah. Tajuk karangan yang asal tentang "Kepentingan pelaburan terhadap masyarakat", tapi kitorang ubah2.... hehehe.... mesti baca, jangan x baca:

Dewasa ini pelbagai skim pelaburan telahpun diwara-warakan oleh pelbagai pihak kepada masyarakat umum. Kini masyarakat sentiasa terdedah dengan perkara-perkara songsoy yang hina lagi dangkal. Masyarakat seharusnya terus menagis dek pembuangan sampah yang tidak terurus dalam mencapai zaman gelap ini. Pelbagai usaha telah dijalankan agar perkhidmatan elektrik terus dikekalkan.
Dengan ketiadaan elektrik dan banyak sampah, unta-unta pun Mati. Air sunagai kotor jugak, ikan Mati. Udara kotor, burung Mati. Matahari panas, ughhhh.... Leo pun Mati (kucing Hazeem). Namun, kepercayaan mesir mengatakan kucing ada 9 nyawa. THAT'S MEAN Leo hidup balik dan ingin membalas dendam. Membalas dendam merupakan amalan murni dan baik diamalkan oleh masyarakat kucing. Doraemon pun ingin membalas dendam terhadap tikus yang telah menggigit telinganya. Disamping itu, Garfield juga ingin membalas dendam kepada Odi kerana telah mengambil perhatian tuannya. Kau nak tau tak, tikus a.k.a hamster aku mati sebab kena makan tikus jamban. Aku sungguh geli melihat perempuan yang lesbian. Apa nak jadi aku benci sangat. Berbalik kepada tikus, bapak aku ambik dari kawan dia 6 ekor dan mati sekor demi sekor 2 hari selepas tu. Tapi seingat aku hamster aku mati sebab aku bagi makan racun tikus. Oh, tak pe la. Nanti aku beli hamster baru pastu bagi makan racun tikus yang lagi mahal dan berjenama. Mungkin tak mati kot. Disebabkan aku terlalu kaya dan racun tikus itu mahal walaupun murah,aku tidak memberikan racun tikus itu kepada hamster kerana hamster aku mati disebabkan aku terlalu kaya. Apa aku cakap ni? Seperti Prasad je. Teringat aku pada Prasad yang suka makan capati Sangeetha anak Gangasri isteri Prasad. Isteri Prasad merupakan perempuan yang dikahwininya. Prasad a.k.a Prakash, Pratab, Prabu, Prasekolah, Pramugari, Pramugara dan segala Pra.... yang ada. Berbalik kepada kaya ianya boleh dibahagikan kepada 2 iaitu kaya berimbuhan 'p' dan kaya berimbuhan 'k'.
Konklusinya, sukan badminton amat penting pada diri kita, mak kita, bapak kita, adik tiri kita dan sepupu sepapat belah saudara mak bapak jiran depan rumah kau. Kau tahu, Facebook membantu dalam komunikasi sejagat bukan untuk tengok 'MO' kat youtube. awww...
-TAMAT-
(Writer: Hadzrin, Nabeel, Hazeem, Akif)
Kalau ada pape yang pelik-pelik ejaan ke, sebenarnya yang tu yang diorang tulis kat karangan tu. Karangan ni dah lari jauh dari pelaburan ke pembuangan sampah, binatang2 mati, kucing balas dendam, Doraemon ngan Garfield, hamster kena gigit tikus jamban, racun tikus, nama2 lain Prasad, badminton pastu facebook. haha....

No comments:

Post a Comment